Malam Tujuh Liku

Malam ni… Malam Tujuh Liku kata arwah mak, malam ni sebaiknya kita hidupkan dengan banyak buat ibadah.. khususnya 2/3 malam… Insyallah mak, pesan mak tu akan saya usahakan sebaik yang mungkin…

“Ya Allah ! Ya Tuhan kami, kami memohon kepada-Mu iman yang kekal, kami memohon kepada-Mu hati yang khusyuk, kami memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, kami memohon ditetapkan keyakinan yang benar, kami memohon (dapat melaksanankan) amal yang soleh, kami memohon kepada-Mu tetap dalam agama Islam, kami memohon kepada-Mu kebaikan yang melimpah ruah, kami memohon kepada-Mu keampunan dan kesihatan, kami memohon kepada-Mu kesihatan yang sempurna, kami memohon kepada-Mu kesyukuran di atas kesihatan yang Engkau berikan, dan kami memohon kepada-Mu kecukupan, Ya Allah, Tuhan kami, terimalah daripada kami Solat kami, puasa kami, qiam kami, khusyuk kami, pengabdian kami, sempurnakanlah apa yang kami lakukan selama solat ya Allah, ya Allah, ya Allah Zat Yang Maha Pengasih dan Penyayang.”

Comments

Alhamdulillah

1st skali aku nak memanjatkan kesyukuran kepada Allah swt atas limpah rahmat yang dikurniakan kepadaku.. Banyak perkara baik yang berlaku pada aku sepanjang bulan Sya’ban dan Ramadhan ni. Antaranya:

Projek ICMS
Thanks bro Kamal krn memberi kepercayaan utk aku + team develop Sistem ICMS ni. Insyallah kami akan lakukan yang terbaik utk projek ini. Mudah2an akan ada projek susulan.

Broadband Maxis
Setelah hampir 3 bulan aku offline, aku kini dah boleh online dengan Maxis Broadband. Walaupun package paling minima (RM48.00/bulan) tapi.. cukup utk keperluan aku buat masa ni. Thanks bro Eddy pasal hang yg rekemenkan aku pakai maxis. Memandangkan bro Cd dah pakai uni-fi… so kerja2 mendownload aka torrent diusahakan oleh beliau jer

Kelahiran Nur Qarirah Najwa
Tiada harta yang lebih berharga daripada kelahiran seorang lagi puteri menambahkan keluargaku menjadi 5 orang keseluruhannya. Tepat jam 1:20am pada 16/08/2010, isteriku melahirkan anak perempuan di PPUKM. Thanks kpd semua warga kerja PPUKM yang telah memberi layanan yang amat baik sekali sepanjang isteri aku berada disana.

Pertukaran ke Unit Laporan Perubatan
Akhirnya permohonan aku utk ditukarkan ke Unit/Jabatan lain diterima oleh Ketua Jabatan. Aku melapordiri di Unit Laporan Perubatan, Jabatan Maklumat Kesihatan, PPUKM pada 16/08/2010. Thanks Cik Nazwin dan Puan Surianti krn tolong aku utk pertukaran ini. Thanks juga kat Azlina Shukor krn selalu mendoakan aku ditukarkan.

Bila aku kenangkan balik apa yg telah berlaku sebelum ini dan rezeki yang Allah berikan ini, maka benarlah… Apabila kita kembali kepada Allah ketika kita dlm kesusahan, Dia akan sentiasa membantu kita. Cuma kita perlu sentiasa mengingatiNya bukan hanya pada waktu kesusahan tapi juga ketika dimasa senang/sihat/gembira kerana itu juga merupakan dugaan daripadaNya.

Hendaklah kita bersyukur dengan apa yang dikurniakan olehNYa. Pada yg telah membantu dan mendorong aku kepada kejayaan ini, aku ucapkan berbanyak terima kasih. Moga segala jasa baik korang semua, Allah sahaja yang membalasnya dan dipermudahkan urusan korang.

Amin Ya Allah…

Comments

Solat Dhuha, Doa dan cara melaksanakan

solat

Ruang waktu dan waktu afdal

Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.

Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

Justeru, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat itu badan memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah penat bekerja. Maka disarankan juga sekiranya masa tersebut diisi sekadar empat hingga lima minit dengan sujud menyembah Ilahi sama ada di rumah atau di tempat kerja dengan syarat tidak mengetepikan perkara-perkara atau urusan yang wajib dan utama daripada yang sunat.

Cara melaksanakannya

Banyak bahan media cetak yang boleh dirujuk bagi mengetahui cara melakukan solat sunat Dhuha ini merangkumi bacaan-bacaan dalam solat hinggalah dalam sujud dan doa setelah selesai ibadat tersebut.

Cuma secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)

Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.

Doa yang disarankan

“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”

doa

* Coretanku

Kepada orang yang tidak menghafal surah-surah yang disarankan iaitu surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. Bacaan solat boleh dibaca apa-apa surah yang penting niat kita adalah IKHLAS untuk Allah SWT, bukan kerana berkehendakkan harta dan rezeki yang banyak tetapi salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah…

Kita rujuk kepada Hadith Qudsi yang mengatakan, Firman Allah, “ Wahai anak-anak adam (sebut-sebutkan) zikirkan akan AKU selepas sembahyang subuh barang sekejap dan selepas sembahyang asar barang sekejap, maka AKU cukupkan engkau apa yang ada diantara dua waktu tersebut maka apabila naik matahari sembahyang dhuha sebanyak lapan rakaat”

Pada rakaat pertama bacalah ayatul kursi kerana ayutul kursi terlalu banyak keistimewaannya, semasa suruh itu diturunkan beribu-ribu malaikat sebagai perantaranya. Didalamnya juga terkandung KURSI (kerajaan) ALLAH yang sangat besar meliputi 7 lapisan langit dan bumi. Ada 95 buah hadish yang menerangkan akan fadhilat ayutul kursi.

Rakaat kedua bacalah surah Al-Ikhlas sebab surah Al-Ikhlas merupakan 1/3 dari Al-Quran. Surah yang cukup besar maknanya sebab mengandungi sifat-sifat Allah yang Esa dan siapa Allah yang sebenar iaitu yang tidak beranak juga tidak diperanakkan dan tidak ada yang serupa denganNYA. Dua surah ini sudah cukup bagi yang tidak menghafal surah yang disarankan.

Berkenaan doa… boleh baca doa mana-mana yang berkaitan tetapi lebih afdal baca doa solat dhuha yang khusus… doa itu sememangnya cukup baik dan sempurna untuk memohon keberkatan rezeki dari ilahi… Manakala bilangan rakaat pula adalah mengikut kemampuan. Bila masa terhad dengan kerja seharian boleh dilakukan dengan 2 rakaat dan bila waktu cuti lakukanlah dua-dua rakaat sehingga 4, 6 atau 8 rakaat dan boleh sehingga 12 rakaat. semua mengikut kemampuan… Amal yang sedikit dan istiqamah (berterusan) adalah lebih baik dari amal yang banyak tetapi jarang-jarang… fikir-fikirkan… semoga dengan membudayakan solat dhuha, kita akan lebih disayangi oleh Allah SWT dan sentiasa didalam naunganNYA.. ameennn…

Comments

Sistem Kawalan Ketidakpatuhan

Esok nak present layout sistem nie.. ngan team KIK IMPAQ.. hopefully depa paham apa flow sistem ni… So leh depa pakai dengan mudah dan menyenangkan mereka buat kerja !!

Comments

UPDATED

Aku seronok dpt jumpa member2 zaman sekolah dulu2. Semuanya melalui Facebook !! Betullah kata member, kalo ko nak cari member ko, ko taip jer nama dia dlm facebook mesti jumpa punya.. Tapi bukan semua.. Menariknya, jumpa seorang, akan jumpa yg lain lagi 🙂

Skang ni aku tengah bangunkan laman web Jabatan Maklumat Kesihatan. Nampak simple tetapi ada beberapa interactive function yang akan menjadikan ianya lebih menarik utk dikunjungi. Team webmaster dah ada.. Depa cari/tambah/kemaskini content.. aku lak, buat programming utk function2 ni… nasib baik ada Hezra yg bantu aku buat layout… senang skit kerja.

mIRC !! Dah lama aku x online, abg Mahmud balik kg sempena cuti sekolah 2 minggu ni.. So segala perkembangan utk mIRC terbantut !!

Comments

Updated !!

Saya post topik utk memberitahu bahawa aku masih aktif lagi !! Cuma tiada cerita baru nak sharekan…

Comments

Input warna2

Saja buat time boring !!

menu channel {
  Input Warna
  .Aktifkan:.enable #kaler
  .Diaktifkan:.disable #kaler
}
#kaler on
ON *:INPUT:*: {
  if ($left($1,1) == $chr(47) || $ctrlenter) { return }
  else {
    var %a 1 , %b 2 , %c
    var %d $replace($1-,$chr(32),$chr(135)) , %e 1 , %b $r(2,14)
    while (%a < $calc($len(%d) + 1)) {
      if (%b > 15) %b = 2
      %c = $+(%c,$chr(3),%b,$mid(%d,%a,1))
      .inc %a | .inc %b
    }
    msg $active $replace(%c,$chr(135),$chr(32)) | halt
  }
}
#kaler end
Comments