Petua Hilangkan Bengkak

Bengkak boleh berlaku disebabkan pelbagai punca. Tergeliat, terseliuh, cedera semasa bersukan, kemalangan, dan sebagainya. Jom kami kongsikan petua hilangkan bengkak khas untuk anda.

petua hilangkan bengkak 

1. Tepung gandum & halia

Bahan-bahan yang diperlukan ialah:

  • Tepung Gandum
  • Halia

Cara-cara menggunakannya:

  • Ambil halia secukupnya dan tumbuk dengan lesung batu. Nak blender pun boleh
  • Setelah hancur campurkan dengan sedikit tepung gandum. Jangan terlalu banyak cukup sekadar menjadi agen pelekat sahaja
  • Tampalkan pada kawasan yang sedang membengkak. Lazimnya bahagian yang ditampal akan terasa panas sedikit, jangan risau biarkan saja. Jika terlampau panas boleh kurangkn dos halia yang digunakan mengikut kesesuaian.
  • Biarkan selama satu jam
  • Petua ini boleh dibuat setiap hari sehingga bengkak kembali kecut

Selain menghilangkan bengkak, petua di atas juga boleh digunakan untuk melegakan sakit urat seperti terseliuh, sakit pinggang, sakit lutut, lenguh-lenguh belakang atau mana-mana bahagian tubuh, amsa, sesak nafas, perut kembung. Caranya hanya perlu tampalkan atau lumurkan pada bahagian-bahagian yang bermasalah.

Untuk merawat masalah lutut, lumurkan bahan yang telah siap ini ke seluruh lutut termasuk bahagian pelipat , dan lebihkan 3 inci ke atas bahagianlutut ,iaitu sebahagian daripada peha.

2. Halia

Tumbuk halia dan tampal pada tempat bengkak. Tutup dengan daun yang lebar atau plastik, kemudian balutkan dgn kain atau bandage. Petua ini membantu mengecutkan bengkak, melancarkn pengaliran darah, melembutkan urat yang tegang, dan membuang angin yang tersekat seperti perut kembung akibat angin.

petua hilangkan bengkak

3. Beras, lengkuas & air

Hanya 3 bahanย  diperlukan untuk surutkan bengkak menggunakan petua ini. Bahan-bahannya:

  • Segenggam beras
  • Segenggam lengkuas
  • Sedikit air

Caranya: Beras direndam 1 jam sebelum ditumbuk. Lengkuas pula dibasuh hingga bersih. Tak perlu dibuang kulitnya. Tumbuk kedua-dua bahan tadi hingga lumat. Bila dah agak hancur, boleh tambahkan sedikit air. Teruskan menumbuk hingga betul-betul halus. Bila dah hancur, boleh masukkan ke dalam bekas. Siap untuk digunakan. Sapu rata pada bahagian yang bengkak. Biarkan seketika supaya bahan-bahan meresap. Bila dah agak kering, bolehlah bilas semula dengan air bersih. Sapu waktu malam biarkan semalaman.ย InsyaAllah esok pagi dah susut.

4. Petua hilangkan bengkak kaki akibat mengandung

>Wanita mengandung biasanya akan mengalami bengkak kaki apabila kandungan semakin besar. Jika anda mengalaminya, boleh amalkan petua dibawah:

1. Lumurkan asam jawa &ย  garam pada kaki dan tangan yang bengkak, Biarkan semalam 30 minit hingga 1 jam.

2. Posisikan kaki lebih tinggi dari dada. Hal ini dapat membantu mengurangkan gejala kaki bengkak kerana mempermudahkan aliran darah kembali ke jantung.

3. Kurangkan pengambilan garam dalam makanan. Kaki bengkak terjadi kerana ketika hamil seorang wanita mengalami perubahan kadar hormon. Pelepasan hormon-hormon sepanjang kehamilan menyebabkan tubuh menahan lebih banyak cairan dan sodium (garam).

4. Rajin bersenam. Jangan berbaring atau duduk. Banyakkan pergerakan badan dan lakukan senaman ringan. Berjalan-jalan di shopping complex pun ok.

5. Tinggikan kaki semasa duduk atau baring.ย Sewaktu duduk pastikan kaki bengkak sentiasa melunjur. Jangan biar tergantung di bawah. Sewaktu baring atau tidur, kaki bengkak hendaklah lebih tinggi daripada badan. Boleh alas bantal di bawah kaki.

5. Petua hilangkan bengkak akibat patah atau retak

Ini adalah petua tradisional yang sangat berkesan. Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 2 batang serai
  • Telur putih
  • Sehelai daun melung (juga dikenali sebagai daun tembaga suasa)
  • Kain Pembalut

Caranya, tumbuk serai sehingga lumat, masukkan putih telur. Jangan sampai berair, agak-agak sesuai dengan serai. Balut bersama dengan daun melung dan akhir sekali sudahkan balutan dengan kain pembalut, ikat agar serai tak beralih tempat. Pakai sebelum tidurย  selama 3 malam berturut-turut, pagi esok boleh dibasuh.

6.ย Jangan urut

Elakkan terus mengurut kawasan yang bengkak. Mengurut tempat bengkak adalah sangat menyakitkan dan boleh menyebabkan bengkak lebih teruk. Urutan hanya dibenarkan selepas 48-72 jam bengkak berlaku.

7. Jangan tuam haba

Tuaman haba akan menyebabkan salur darah mengembang lantas mempercepatkan dan mempertingkatkan proses keradangan. Tuaman menggunakan haba hanya dibenarkan selepas 48-72 jam kecederaan berlaku.

petua hilangkan bengkak

8. Jangan sapu minyak panas atau minyak gamat

Sama seperti tuaman haba, menyapu minyak panas dan minyak gamat akan menyebabkan salur darah mengembang lantas mempercepatkan dan mempertingkatkan proses keradangan. Sapuan minyak hanya dibenarkan selepas 48-72 jam kecederaan berlaku.

9. Jangan abaikan kesakitan

Jika kesakitan dan bengkak yang dialami terlalu kuat, itu tanda-tanda kecederaan yang anda alami agak parah. Jumpalah doktor, terutamanya jika ada kebas-kebas jari, sendi terkehel keluar, kelumpuhan, dan luka.

10. Perlu berehat

Rehat yang dimaksudkan ialah mengurangkan gerakan sendi yang bengkak dan tidak menggunakan kaki yang tercedera untuk berjalan. Gunakanlah tongkat ketiak(axillary crutches), tongkat lengan(elbow crutches) atau kerusi roda untuk bergerak.

11. Tuam ais

Sejurus selepasย  bengkak, lakukan tuaman ais. Tuaman ais selama 20 minit setiap 2-3 jam dapat mengurangkan kesakitan dan mengelakkan bengkak yang teruk. Rejim tuaman ais ini disarankan dibuat sehingga 48-72 selepas kecederaan.

12. Balut dengan bandage

Balutan ini untuk beri tekanan dan mengurangkan pergerakan pada sendi yang bengkak. Ini dapat menghalang bengkak besar daripada terjadi. Namun, pastikan tidak balut terlampau ketat sehingga bekalan darah tersekat.

petua hilangkan bengkak

13. Tinggikan anggota badan yang bengkak

Anggota yang bengkak perlu diletakkan tinggi. Sewaktu duduk pastikan kaki bengkak sentiasa melunjur. Jangan biar tergantung di bawah. Sewaktu baring atau tidur, kaki bengkak hendaklah lebih tinggi daripada badan. Boleh alas bantal di bawah kaki.

Jika rawatan di rumah tidak mengurangkan bengkak dan kesakitan, itu tandanya anda kena berjumpa doktor. Dikhuatiri ada kecederaan yang serius atau penyakit lain. Semoga bermanfaat!

Sumber: Bidadari.My

Comments

Published by

PakCu

I'm a simple person