Adab Buang Air

Hadith: 
Dari Salman RA katanya dia ditanya oleh seseorang: “Bukankah Rasulullah SAW telah mengajarkan kepada kamu segala-galanya hingga masalah buang air juga?” Jawabnya: Benar! Beliau melarang kita mengadap kiblat ketika buang air besar atau kecil. Beliau juga melarang beristinjak dengan tangan kanan, beristinjak kurang dari tiga biji batu dan istinjak dengan kotoran ternak yang telah keras atau dengan tulang.
Huraian Hadith:
1.    Buang air adalah suatu kebiasaan yang diselalu dilakukan setiap hari. Disebabkan oleh kebiasaan itulah seringkali kita kurang memperhatikan adab-adab dalam melakukannya.
2.    Dalam Islam terdapat beberapa perkara yang perlu diperhatikan:
  • Tidak membawa barang yang tertulis nama Allah, kitab al-Qur’an atau sebahagian dari ayat-ayatnya.
  • Membaca doa sewaktu hendak memasuki tandas dan apabila keluar dari tandas.
  • Mendahulukan kaki kiri ketika masuk dan mendahulukan kaki kanan ketika keluar.
  • Tidak mengadap ke arah kiblat atau membelakanginya sebagai menghormati Kaabah.
  • Mengelak membuang air di dalam lubang yang terdapat haiwan di dalamnya.
  • Mengelak dari tempat orang berteduh/bernaung, di jalanan atau tempat laluan manusia.
  • Tidak buang air kecil atau besar di dalam air yang tergenang atau air mengalir yang biasa digunakan manusia untuk bersuci.
  • Tidak mencuci kotoran dengan tangan kanan yang menyentuh kotoran untuk menjaga kebersihan.
  • Dilarang bercakap ketika qada’ hajat, tidak boleh memberi salam, menjawab salam dan berzikir secara lisan.
3.    Istinjak bermaksud bersuci sesudah buang air besar mahupun air kecil iaitu membersihkan air kecil mahupun besar dari badan dengan air dan jika tidak ada air bolehlah beristinjak  dengan batu atau benda-benda lain yang meresap.
Sumber: Jakim
Comments

50 Fakta Menarik ,Kisah dan Prinsip Hidup TAN SRI SYED MOKHTAR ALBUKHARY

ORANG MELAYU TERKAYA DI MALAYSIA-semoga ianya dapat memberi teladan dan inspirasi buat kita semua dalam memajukan diri dan ummah,InsyaAllah..

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan WARISAN UNTUK ANAK BANGSA YANG KEKAL BERPANJANGAN.

2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. SAYA PERCAYA SESIAPA PUN BOLEH MENJADI APA SAHAJA ASALKAN MEREKA BERUSAHA DENGAN TEKUN . Tetapi tentulah ia memakan masa. TIADA JALAN SINGKAT.

4. Saya MENGENALI KEKUATAN DAN KELEMAHAN SAYA. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, MEMANG KENA BANYAK SABAR DAN KUAT BERUSAHA .

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo , New York dan London . Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya TIDAK ADA STATUS, ADA MASA DI ATAS ADA MASA DI BAWAH.

12. Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. ALLAH BERI REZEKI MELALUI KITA UNTUK KITA TOLONG ORANG LAIN. REZEKI ITU BILA-BILA MASA SAJA DIA BOLEH AMBIL BALIK. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah.ORANG MELAYU KITA TIDAK MAHU BEKERJASAMA KERANA PERASAAN DENGKI MENGUASAI DIRI.SUDAHLAH TAK MAHU BERUSAHA,APABILA ORANG LAIN BERUSAHA MEREKA MARAH.

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !

16. Saya ADA EMOTIONAL ATTACHMENT KEPADA AGAMA,BANGSA DAN UMMAH. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak .

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa.APA YANG SAYA TIDAK TAHU SAYA BELAJAR MINTA TOLONG DARIPADA ORANG LAIN.SAYA TIDAK MALU . Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri.SIKAP PEMALAS DAN PEMALU INI ORANG MELAYU KENA ATASI .KITA KENA BERANI KERANA BENAR . Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19.KAYA ITU BUKANLAH KEPADA DIRI SENDIRI. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini,KEPADA BANGSA DAN KEPADA ORANG RAMAI .Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya HANYA PERKARA YANG BAIK YANG KITA LAKUKAN AKAN KEKAL. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu.DI KAMPUNG ORANG MELAYU BERPECAH KERANA POLITIK,DI BANDAR BERPECAH KERANA WANG .

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka HANYUT DARIPADA MENOLONG ORANG LAIN . Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi MESTI TAHU BAGAIMANA HENDAK MEMINJAM DAN MEMBAYARNYA SEMULA . Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab.BANYAK ORANG MAHU SENANG TAPI TIDAK RAMAI YANG MAHU BERTANGGUNG JAWAB .

26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki) . Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. SAYA SUKA KALAU NIKMAT SEDIKIT YANG SAYA DAPAT ITU ORANG LAIN BOLEH BERKONGSI BERSAMA.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan

30. ……kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal.SAYA MANUSIA YANG BANYAK BUAT KESILAPAN.TETAPI SAYA INSAF,BERISTIGHFAR DAN TERUS BERJALAN LAGI . Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. KEKAYAAN INI TUHAN BERI KEPADA SAYA UNTUK SAYA MENOLONG ORANG LAIN PULA.SAYA PERCAYA KEPADA KEBERKATAN REZEKI.HARI INI KITA TOLONG ORANG,ESOK LUSA ORANG AKAN TOLONG KITA PULA DENGAN CARA YANG LAIN.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34.KITA JANGAN CEPAT PUTUS ASA.PUTUS ASA BOLEH TAPI KENA CEPAT-CEPAT KUATKAN SEMULA SEMANGAT UNTUK BANGKIT BALIK.JANGAN JADIKAN AGAMA HANYA SATU TEMPAT UNTUK KITA BERGANTUNG APABILA KITA SUSAH . Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab kenapa orang Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju . Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38.KEJAYAAN DAN KELEMAHAN ORANG MELAYU BUKAN DISEBABKAN OLEH BANGSA DAN AGAMA KITA.TETAPI IA BERKAIT DENGAN SIKAP DAN CARA KITA BERFIKIR.GIGIH ,TEKUN DAN TIDAK PUTUS ASA MERUPAKAN KUNCI KEJAYAAN KITA.SAYANGNYA PERKARA INI KURANG WUJUD DALAM CARA ORANG MELAYU BERFIKIR .

39.TUHAN MEMBERI PELUANG KEPADA SESIAPA SAJA YANG BEKERJA KUAT. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar . Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41.ORANG MELAYU SEBENARNYA KENA BANTU DIRI SENDIRI,KENA BEKERJA KERAS DAN FOKUS .

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. SAYA SENDIRI BERHUTANG SAMBIL BERNIAGA DAN BUAT SUMBANGAN AMAL JARIAH.SAYA TAK MAHU TUNGGU HUTANG HABIS BARU HENDAK BUAT SEMUA NI .Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah,LEBIH BAIK BUAT SEDIKIT DARIPADA TIDAK BUAT LANGSUNG.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48.SAYA GEMBIRA DAPAT MEMBANTU.SAYA MAHU ORANG LAIN MERASAI KESENANGAN APA YANG PERNAH SAYA RASA.Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi.

50. SAYA RASA KITA SUDAH TERLALU BANYAK KETINGGALAN.

Sumber: Blog Khairy Tajudin

Comments

Tasbih Kifarah

Tasbih Kafarah ialah doa penutup bagi sesuatu majlis. Daripada Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesiapa yang duduk dalam satu majlis, dan melakukan banyak salah dan silap, maka sebelum dia meninggalkan majlis itu dia menyebut:


melainkan diampunkan segala dosa yang telah dilakukan sepanjang dia berada dalam majlis itu”.

Daripada Abu Barzah Aslami RA berkata: Rasulullah SAW pernah menyebut pada hujung usia baginda apabila baginda hendak bangun meninggalkan sesuatu majlis:


Maka berkata seorang lelaki: Wahai Rasulullah, sesungguhnya engkau telah menyebut suatu ucapan yang mana tidak pernah engkau ucapkan sebelum ini. Berkata (Rasulullah SAW): “Ia merupakan kaffarah (penebus dosa) terhadap apa yang berlaku dalam majlis”

Di riwayatkan daripada Aisyah RA bahawa apabila baginda bangun daripada majlis, baginda akan membaca:

Saya bertanya: kenapa tuan sering membaca doa ini?
Baginda menjawab: Sesiapa yang membaca doa ini pada penutup majlis maka akan di ampunkan kesilapan-kesilapan yang berlaku dalam majlis tersebut.

Sumber : Suka-suka Aje

Comments

Strategi Memilih Program Di Universiti

Keputusan SPM dan STPM telah di umumkan.  Ramai yang keliru dalam memastikan program dan universiti mana yang terbaik untuk diri mereka.  Di peringkat ini, anda sebenarnya mencari-cari identiti diri sebagai proses membuat keputusan yang tepat dalam menentukan hala tuju kehidupan anda selepas ini.

Saya sendiri pernah melalui detik-detik ini dan sekarang saya bertugas sebagai Penolong Pendaftar Akademik di UiTM Cawangan Kelantan.  Berdasarkan pengalaman dan bidang kerjaya, saya ingin kongsikan kaedah yang boleh digunakan dalam dalam memilih program Universiti yang sesuai dengan diri anda.  Mungkin ia juga boleh dijadikan sebagai panduan untuk membantu orang lain yang memerlukan pandangan dan pendapat.

Kaedah pemilihan ini diberi nama A.I.M. iaitu singkatan kepada A= Ability, I=Interest dan M=Market.

1. Keupayaan. ( Ability )

Ada yang memilihan hanya berdasarkan keupayaan.  Mengikut konsep A.I.M. yang selalu saya ceritakan kepada calon-calon lepasan SPM A adalah merujuk kepada Ability iaitu keupayaan.  Keupayaan terbahagi kepada dua Fizikal dan Akademik.

Fizikal – adalah keupayaan fizikal dengan merujuk kepada keboleh upayaan melakukan kerja dalam bidang berkaitan program yang dipilih.  Contohnya, pelajar yang takut dengan darah, tidak perlulah memilih program yang berkaitan dengan perubatan.  Kerana ia akan menyebabkan kebolehan anda terbatas.

Akademik – adalah kemampuan anda berdasarkan keptusan yang telah diperolehi.  Dengan lebih tepat, boleh dikatakan sebagai kelayakan akademik untuk sesuatu program.  Kalau syarat kelayakan terlalu minimum untuk program tersebut tak perlu lah pilih kerana anda perlu bersaing dengan pelajar yang lebih cemerlang keputusannya.  Nak tahu syarat anda lepas atau tidak semak disini: http://www.selangkah.uitm.edu.my.

2. Minat.  ( Interest )

Minat memainkan peranan yang sangat penting didalam kehidupan kita. Anda perlu membezakan diantara suka dan minat.  Kadang-kala kita sekadar suka tetapi tidak minat menyebabkan kerja yang dilakukan hanya separuh jalan bila berhadapan dengan masalah.  Tetapi sekiranya kita minat, walaupun pelbagai dugaan dan rintangan muncul kita tetap meneruskan perjuangan.

Minat boleh mengubah seseorang dan minat juga boleh berubah-ubah.  Yang penting sejauhmana kita mengawal ia situasi.  Selalunya minat kita boleh dikaitkan dengan apa jua bidang yang diceburi.

3. Pasaran ( Market )

Di dalam kekeliruan membuat pemilihan, anda seharusnya memandang jauh ke depan dengan menganalisa pasaran dan peluang pekerjaan melalui bidang yang anda ingin ceburi.  Ingat, menganalisa bukanlah sekadar menilik dan mencogak.  Ia memerlukan kajian yang menyeluruh.  Rujuk kepada yang lebih arif dan lebih berpengalaman.  Jangan sekadar melihat peluang semasa tetapi apa yang akan berlaku lagi 3 tahun akan datang.

Pasaran kerja juga bergantung kepada individu tersebut.  Bukan hanya bersandarkan kepada sejauhmana popularnya program tersebut. Cuba bayangkan seorang pelajar kejuruteraan yang bergraduat dengan CGPA 2.00 (Cukup-cukup makan) dan Pelajar dari aliran sastera graduat dengan CGPA 3.50 (Cemerlang).  Anda fikir-fikirkan sendiri.

Kenapa ramai yang tersalah pilih?  Setelah merujuk kepada ketiga-tiga faktor pemilihan diatas, ramai diantara calon-calon lepasan SPM ini hanya melihat kepada satu aspek sahaja.  Ada yang sekadar meilihat keupayaan akademik sahaja.  Dengan beranggapan, “aku dah score A mesti aku boleh buat” dan mengenepikan faktor minat yang menyebabkan seseorang itu berbeza dengan orang lain.

Ada juga membuat keputusan cukup sekadar minat.  Apa yang mereka minat, itulah yang mereka pilih.  Akhirnya, satu program pun tak layak sebab persaingan akademik terlalu sengit.  Mereka terpaksa bersaing dengan yang lebih cemerlang.

Situasi sekarang, ramai yang merujuk kepada faktor peluang kerja sahaja.  Sedangkan tiada langsung perasaan minat menyebabkan bila mula bekerja mereka tidak dapat fokus dengan apa yang mereka buat.  Faktor ini banyak berlaku dikalangan ibu bapa sekarang yang inginkan anak mereka menjadi begini atau menjadi begitu.  Akhirnya, apa yang mereka belajar tidak selari dengan apa yang mereka kerja.

Bagaimana hendak memilih? Kesemua faktor-faktor diatas perlu diselaraskan.  Bermakna, keputusan dibuat dengan mengambil kira semua elemen secara sama rata.

Saya pernah menyampaikan taklimat pemilihan program ke ipt kepada sebuah sekolah di Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu Kelantan.  Saya ada mencadangkan beberapa tips untuk memastikan ketiga-tiga faktor diatas boleh diselaraskan.

Semuanya tips tersebut ada 7:

•Kenali Diri Sendiri
•Minat dan Kebolehan
•Buat Keputusan Berdasarkantingkat Gajidan Peluang Pendadapatan
•Yakin / Percayakan diri sendiri
•Berbincang dengan Ibubapa dan Kaunselor
•Ambil masa untuk berfikir-jangan ambil mudah
•Ambil langkah kearah pilihan kursus

Semoga artikel ini dapat membantu anda.  Tetapi ingat, apa yang saya ceritakan diatas hanyalah 30%  daripada proses pemilihan. Selebihnya, sebagai umat islam kita harus memohon petunjuk dan merujuk kepada Allah s.w.t. supaya pilihan yang dibuat diberkati.  Banyakkan buat solat istikharah, kerana itulah yang utama dalam kehidupan kita semua.

Sumber: ILuvIslam.Com

Comments

JomWeb @ KPTMKL

First of all, PakCu nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada Saudara Iszuddin Ismail (Senior Web Developer at Kengkawan IT Solutions) kerana sudi menjemput PakCu utk turut hadir sama bersama-sama beberapa lagi Pakar IT antaranya Akmal Fikri, Mior Muhammad Zaki, Haezal Musa, Muhamad Hanafiah, Nurhanna Aziz, Ashikin Asraf, Izwan Robotys, Azree Hanifiah, Muhammad Hamizi dan Nurul Azrad; pada yg tak sebut nama jangan marah ye… Tak lupa juga kepada Pihak Pengajur Program dan tuan rumah (KPTMKL)

Walaupun program diadakan pada Hari Jumaat tapi pengisiaannya sgt bagus. Bermula dengan topik “Apa yg perlu anda tahu untuk menjadi seorang programmer” oleh Saudara Iszuddin. Kemudiannya disusuli dengan topik “Kehidupan sebagai seorang programmer” oleh Saudara Zaki. Sebelum berehat tengahari utk solat Jumaat, pelajar diberi lagi pengetahuan oleh Saudara Izwan dengan tajuk “MVC – Code Igniter”. Selepas solat Jumaat, program diteruskan dengan pembentangan oleh Saudara Hamizi dengan tajuk “GIT” serta diakhiri dengan tajuk “JQuery” oleh Saudara Nurul Azrad.

Tak sia2 bos PakCu bagi pelepasan untuk menghadiri program ini. Banyak ilmu baru yg memberi manfaat serta tambahan /pemantapan ilmu yang telah ada. Memang PakCu setuju dengan kata2 Saudara Zaki, Programmer has no life!! Tapi kalo kita pandai manage masa, insyallah kita tidak akan jadi hamba kepada kerja. Apa yg PakCu dpt simpulkan pada program tadi:

1. Better use div drp table. Pakai table hanya utk paparkan senarai data sahaja. Kenapa? Sebab apabila kita pakai div, maka kita akan belajar CSS. Kenapa nak pakai CSS? CSS memudahkan kita utk mengawal UI (User Interface) agar mendapatkan feedback yg positif utk UX (User Experience). Selain itu CSS juga memudahkan kita apabila kita hendak menggunakan JQuery

2. Setkan benchmarking/target setting dlm sesuatu tempoh, apa yg akan kita perolehi (ilmu/kepakaran). Contohnya katakan dalam tempoh 2 bulan kita nak mahir dengan Code Igniter. So kita kena berusaha untuk mencapai target kita tu. Kalo selepas tempoh tersebut kita masih tak capai target tadi. Lihat balik kelemahan diri. Adakah kita kena beralih kpd framework yg lain atau programming memang bukan bidang kita 🙂

3. Mula cari framework yg sesuai dengan keperluan anda. Penerangan yg menarik daripada Saudara Izwan tentang MVC dan kelebihan CI telah menarik minat PakCu untuk mencuba Code Igniter (CI) sebagai framework utk projek2 akan datang. Jika sebelum ini PakCu pernah mencuba CakePHP dan PHPHyppo jadi sekarang ini, mula nak mencuba CI pula. CI nampak lebih flexible dan mudah difahami.

4. GIT adalah satu apps yg memudahkan kita untuk mengawal versi sistem kita. Kalo sebelum ini kita terpaksa membuat folder/fail xxxx_latest.php. Kemudiannya xxxx_latest_paling.php tapi kita dengan penggunaan GIT akan lebih memudahkan kita menguruskan fail2 code kita dengan lebih sistematik dan teratur. Terdapat 2 jenis GIT iaitu GIT dan juga GITHUB. Perbezaannya adalah GitHub adalah utk public (dikongsikan dengan org lain melalui portal github iaitu http://www.github.com. Manakala GIT pula lebih baik digunakan sekiranya kita membangunkan aplikasi secara berkumpulan di organisasi kita.

5. Masanya telah tiba dimana web kini lebih berbentuk dinamik dan interaktif serta mesra pengguna. Jika dulu kita terpaksa refresh/load page apabila kita menghantar sesuatu input melalui form. Tapi dengan adanya JQuery dan Ajax, page tidak lagi perlu direload. Saudara Nurul Azrad telah menunjukkan contoh2 yg menarik dlm pembentangan beliau.

Syabas kepada pihak penganjur dan Penceramah/Fasilitator yg turut hadir bagi menjayakan program ini.

Comments

Jenis-Jenis Hash dan Ciri-Cirinya

Setakat apa yang kami tahu, sekurang2nya ada 25 jenis hash.. mungkin ada lebih banyak lagi.
dibawah adalah jenis dan ciri-ciri hash yang kebiasaan kita nampak.

1. DES (Unix)

Digunakan di Linux dan sejenisnya.
Panjang : 13 Karakter.
Deskripsi : Dua karakter pertama adalah salt (Karakter rambang, di contoh kita saltnya adalah string “Iv.”) kemudian diikuti oleh Hashnya.
Contoh : IvS7aeT4NzQPM

2. Domain Cached Credentials

Digunakan untuk mencache password-password domain windows.
Panjang : 16 bytes (32 Karakter)
Algorithm : MD4(MD4(Unicode($pass)).Unicode(strtolower($userna me)))
Contoh : Admin:b474d48cdfc4974d86ef4d24904cdd91

3. MD5 (Unix)

Digunakan di Linux dan sejenisnya.
Panjang : 34 Karakter.
Deskripsi : Hash dimulai dengan tanda $1$ kemudian dilanjutkan dengan salt (sampai dengan 8 karakter rambang, di contoh kita saltnya adalah string “12345678″)
kemudian dilanjutkan dengan satu karakter lagi $ , kemudian diikuti oleh Hashnya.
Algorithm : Sebenarnya ini adalah loop yang memanggil algoritma md5 sebanyak 2000 kali.
Contoh : $1$12345678$XM4P3PrKBgKNnTaqG9P0T/

4. MD5 (APR)

Digunakan di Linux dan sejenisnya.
Panjang : 37 Karakter.
Deskripsi : Hash dimulai dengan tanda $apr1$ , kemudian dilanjutkan dengan salt (sampai dengan 8 karakter acak, di contoh kita saltnya adalah string “12345678″), kemudian dilanjutkan dengan satu karakter lagi $ ,
kemudian diikuti oleh Hashnya.
Algorithm : Sebenarnya ini adalah loop yang memanggil algoritma md5 sebanyak 2000 kali.
Contoh : $apr1$12345678$auQSX8Mvzt.tdBi4y6Xgj.

5. MD5 (phpBB3)

Digunakan di phpBB 3.x.x.
Panjang : 37 Karakter.
Dekripsi : Hash dimulai dengan tanda $H$ kemudian diikuti dengan satu karakter (selalunya dengan angka “9″) kemudian diikuti dengan salt (8 karakter rambang, contoh saltnya adalah string “12345678″), kemudian diikuti oleh Hashnya.
Algorithm : Sebenarnya ini adalah loop yang memanggil algoritma md5 sebanyak 2048 kali.
Contoh : $H$9123456785DAERgALpsri.D9z3ht120

6. MD5 (WordPress)

Digunakan di WordPress.
Panjang : 34 Karakter.
Deskripsi : Hash dimulai dengan tanda $P$ , kemudian diikuti dengan satu karakter (selalunya dengan huruf “B”), kemudian diikuti dengan salt (8 karakter rambang, contoh kita adalah string “12345678″), kemudian diikuti oleh Hashnya.
Algorithm : Sebenarnya ini adalah loop yang memanggil algoritma md5 sebanyak 8192 kali.
Contoh : $P$B123456780BhGFYSlUqGyE6ErKErL01

7. MySQL

Digunakan di MySQL versi lama.
Panjang : 8 bytes.
Deskripsi : Hash yang terdiri dari dua DWORD, masing-masing tidak melebihi nilai 0x7fffffff.
Contoh : 606717496665bcba

8. MySQL5

Digunakan di MySQL Versi baru.
Panjang : 20 bytes.
Algorithm : SHA-1(SHA-1($pass))
Contoh : *E6CC90B878B948C35E92B003C792C46C58C4AF40
Catatan : Hash harus dimuat ke program tanpa tanda bintang yang terdapat di awal setiap hash.

9. RAdmin v2.x

Digunakan di Aplikasi Remote Administrator v2.x.
Panjang : 16 bytes.
Algorithm : Password diisi dengan nol dengan panjang 100 bytes, kemudian seluruh string dihash dengan algoritma MD5.
Contoh : 5e32cceaafed5cc80866737dfb212d7f

10. MD5

Digunakan di phpBB v2.x, Joomla versi di bawah 1.0.13 dan banyak forum dan CMS.
Panjang : 16 bytes.
Algorithm : sama seperti fungsi md5() di php.
Contoh : c4ca4238a0b923820dcc509a6f75849b

11. md5($pass.$salt)

Digunakan di WB News, Joomla Versi 1.0.13 keatas.
Panjang : 16 bytes
contoh : 6f04f0d75f6870858bae14ac0b6d9f73:1234

12. md5 ($salt.$pass)

Digunakan di osCommerce, AEF, Gallery dan beberapa CMS.
Panjang : 16 bytes.
Contoh : f190ce9ac8445d249747cab7be43f7d5:12

13. md5(md5($pass))

Digunakan di e107, DLE, AVE, Diferior, Koobi dan beberapa CMS.
Panjang : 16 bytes.
Contoh : 28c8edde3d61a0411511d3b1866f0636

14. md5(md5($pass).$salt)

Digunakan di vBulletin, IceBB.
Panjang ; 16 bytes.
Contoh : 6011527690eddca23580955c216b1fd2:wQ6

15. md5(md5($salt).md5($pass))

Digunakan di IPB.
Panjang : 16 bytes.
Contoh : 81f87275dd805aa018df8befe09fe9f8:wH6_S

16. md5(md5($salt).$pass)

Digunakan di MyBB.
Panjang : 16 bytes.
Contoh : 816a14db44578f516cbaef25bd8d8296:1234

17. md5($salt.$pass.$salt)

Digunakan di TBDev.
Panjang : 16 bytes.
Contoh : a3bc9e11fddf4fef4deea11e33668eab:1234

18. md5($salt.md5($salt.$pass))

Digunakan di DLP.
Panjang : 16 bytes.
Contoh : 1d715e52285e5a6b546e442792652c8a:1234

19. SHA-1

Digunakan dibanyak Forum dan CMS.
Panjang : 20 bytes
Algorithm: Sama dengan sha1() fungsi di PHP.
Contoh : 356a192b7913b04c54574d18c28d46e6395428ab

20. sha1(strtolower($username).$pass)

Digunakan di SMF
Panjang : 20 bytes.
Contoh : Admin:6c7ca345f63f835cb353ff15bd6c5e052ec08e7a

21. sha1($salt.sha1($salt.sha1($pass)))

Digunakan di Woltlab BB
Panjang : 20 bytes
Contoh : cd37bfbf68d198d11d39a67158c0c9cddf34573b:1234

22. SHA-256(Unix)

Digunakan di Linux dan sejenisnya.
Panjang : 55 Karakter.
Deskripsi : Hash dimulai dengan tanda $5$, kemudian diikuti salt (sampai dengan 8 karakter rambang, di contoh kita saltnya adalah string “12345678″), kemudian dilanjutkan dengan satu karakter lagi $, kemudian diikuti hash sebenarnya.
Algorithm : Sebenarnya ini adalah loop yang memanggil algoritma SHA-256 5000 kali.
Contoh : $5$12345678$jBWLgeYZbSvREnuBr5s3gp13vqi…

23. SHA-512(Unix)

Digunakan di Linux dan sejenisnya.
Panjang : 98 Karakter.
Deskripsi : Hash dimulai dengan tanda $6$, kemudian diikuti dengan salt (sampai dengan 8 karakter rambang, dicontoh kita saltnya adalah string “12345678″), kemudian dilanjutkan dengan satu karakter lagi $, kemudian diikuti hash sebenarnya.
Algorithm : Sebenarnya ini adalah loop yang memanggil algoritma SHA-512 5000 kali.
contoh : $6$12345678$U6Yv5E1lWn6mEESzKen42o6rbEm…

Sumber : Dragon Force

Comments

Bengkel Penulisan NCR dan Analisa Data

Aku memang minat ngan sebarang program kualiti ni. So apabila ditawarkan mengikut Bengkel ISO yg dianjurkan oleh Jabatan Kualiti, PPUKM pada 8-9 Februari, 2012 di Puri Pujangga, UKM ni memang aku terima terus. Rata2 peserta yg hadir ni adalah Juruaudit Dalaman PPUKM (termasuk aku). Bengkel kali ni rasanya bagus gak kaedah yg digunakan untuk melatih peserta menulis NCR dan membuat analisa untuk menjawab NCR/OFI yg diberikan.

Cuma… Cara pengauditan yang dibuat tu… base on dokumen (prosedur kerja – PK) auditee yg dibekalkan. Tak semua proses kerja tersebut hanya boleh dinilai/audit berdasarkan dokumen PK sahaja. So apa yg kami boleh buat hanyalah menemuramah auditee sahaja tanpa dapat membuktikan proses kerja yg dibuat adalah mematuhi PK yg dibangunkan. So cadangan aku pada masa akan datang, lebih baik sekiranya pihak penganjur menyediakan satu senario ketidakpatuhan yang berlaku berdasarkan PK yg telah dibangunkan oleh pihak auditee.

Apapun, pada aku… bengkel ni bagus. Penganjur yg bagus menyediakan keperluan bengkel, penceramah yg bagus (credit kpd En. Norhishah Elias – sifoo ISO aku ni) dan juga peserta yg sporting… sama2 nak belajar mencari ilmu

Comments