Fatal error: Allowed memory size of 134217728 bytes exhausted (tried to allocate 261904 bytes) on line 2729

Pernah dpt error cam ni? Mesej ralat ini boleh muncul dalam skrip PHP yang sebelum ini berfungsi apabila keperluan memori melebihi had standad iaitu 8MB seperti yang telah ditetapkan (configuration) dalam fail php.ini. Namun begitu, ia hanyalah merupakan satu masalah yang mudah untuk diatasi.

Untuk menukar had maksimum ini, satu skrip php dengan dibuat dengan memasukkan baris seperti ini di bahagian atas skrip anda:

<?php
ini_set('memory_limit','128M');
?>

Code di atas menetapkan had maksimum 128 megabait. Jika jumlah ini masih tidak berfungsi, anda boleh terus meningkatkan had memori. Anda juga boleh menetapkan had memori tanpa had dengan memasukkan kod berikut:

<?php
ini_set('memory_limit','-1');
?>

Perlu diingat bahawa had memori yang besar adalah amat tidak sesuai untuk programming yang baik. Kod skrip yang buruk (ditulis dengan tidak cekap) boleh mensia-siakan memori dan seterusnya boleh menimbulkan masalah yang teruk bagi skrip yang kerap dijalankan (dipanggil dan digunakan). Walau bagaimanapun, sesetengah aplikasi yang kurang digunakan dan memerlukan memori yang banyak seperti mengimport dan memproses data yang besar tetap harus menggunakan had memori yang besar.

Bila Lelaki Menjadi Dayus?

Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber’dating’ dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa ‘spoting’ yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit ‘dayus’ kepad dirinya.

Mungkin kita akan berkata dalam hati :-

” Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku”

Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.

Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.

Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.

Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.

Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :

من قتل دون أهله فهو شهيد

Ertinya : “Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid” ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)

Sumber: Zaharuddin.Net

Cuti sekolah…

sabtu lepas bawak family gi jenjalan ke utara. target kami ke bukit merah lake town resort. maklumlah org cakap tempat tu best, kami lak tak pernah sampai sana. anak-anak excited sgt nak pi; waterpark arr katakan.

kami bertolak agak lewat, kira2 jam 3 ptg sabtu, terus masuk highway jalan duta. perjalanan kali ni memang tak de perancangan sgt; tiada plan nak tido kat mana… bila sampai exit kuala kangsar, teringin lak nak melawat bandar di raja negeri perak tu. PakCu ni walaupun asal dari teluk intan tapi tak pernah sampai ke kuala kangsar.

sampai di kuala, dah malam. pusing2 kejap kat pekan kuala. then baru cari port nak tido. alamak!! semua bilik full; rest house full, hotel kangsar full, hotel double lion pun full… nasib arr ada gak sorang chinese dan indian (parking guard) yg baik hati bantu kami. memang org mesia ni peramah dan pemurah :). cuba adik masuk jalan ni, then jumpa bhp belah kiri… nanti ada hotel kat ujung bangunan tu. kalo situ full adik pergi opposite bangunan tu ada satu lagi hotel baru. tu hotel melayu punya. memang betul telahanku, hotal ujung tu full gak. nasib baik hotel last tu ada bilik yg telah ditempah tapi penempah dia belum gak sampai. so receptionist tu kasi kat kami check-in. thanks ezi inn hotel.

kebetulan esok tu, hari ahad maka kami berjalan2 kat pekan sehari, barang banyak dijual kat sini. murah pulak tu. buah-buahan dan hasil kampung yg fresh. kuala kangsar memang sesuai dengan namanya, bandar di raja. nak tengok koleksi peribadi milik Sultan Perak, datang ke Galeri Sultan Azlan Shah. lagi ada masjid ubudiah kuala kangsar, istana kenangan, labu sayong dan tak lupa laksa pakngah

 

petang ahad tu kami bertolak ke bukit merah. kata penduduk situ, ikut jalan lama (menghala ke taiping) lagi dekat. memang hajat kami nak gi bukit merah tu sambil jenjalan… jadi kami ikutlah jalan lama. sampai di kuala sepetang (dulunya dikenali sebagai port weld) tak sah kalo tak pekena mee udang mak jah. mak ai, banyaknya kedai jual mee udang… nasib tak tersalah kedai… memang benar kata org, bila lihat baru percaya.. kedua-dua belah hala jalan besar tu org berhenti utk menikmati mee udang mak jah. nasib kami sungguh baik, tak sampai 5 minit order makanan, mee udang special mak jah sampai; mee kuah udang + udang laut kulit keras memang menyelerakan.. RM11 sepinggan

malam tu kami bermalam di hotal casa villa di simpang, taiping. sini ada banyak hotel. rate pun tak de mahal sangat. yg kami sewa tu. RM 150 utk bilik 2 katil king. memang besar bilik tu. esok pepagi dah lapar cari makan. tapi kat taiping; pekan besar, bukan susah sgt nak cari makan. pusing punya pusing sampai kedai kak cik, simpang, taiping. pergh !! ingatkan sup fulamak @ sup meletup kat sg besi ni dah abis sedap. rupanya kat kedai kak cik ni lagi sedap… tengahari kami checkout terus ke bukit merah. masuk ikut tol kemunting dan exit di bukit merah. tol RM1.80… dekat jer ikut tu.

rasanya bukit merah ni tak de arr besh sgt. pulau org utan tu memang agak istimewa skit. ecopark dia.. yg besh masa animal show. chairlift not bad, waterpark dia… rasanya bukit gambang lagi besh kot..

Panduan Mendidik Anak

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. Nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari. (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan. (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”

HAQIS IT Training & Consultant

Sukacita dimaklumkan pihak pengurusan dan pentadbiran HAQIS IT Training & Consultant telah dikemaskini dan diambilalih sepenuhnya oleh Pn. Adryana Anati Sulaiman Shah. Ini bagi tujuan memastikan pengurusan HAQIS akan menjadi lebih mantap selaras dengan halatuju syarikat.

Insyallah, kami telah merancang dan menjadualkan beberapa program seperti mengadakan latihan/kursus, pembangunan web dan aplikasi serta membuat tutorial berguna lagi kepada pengunjung web ini.

Selamat Hari Raya Aidilfitri

PakCu sekeluarga (Nana, Haziq, Damia dan Najwa) mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam. Semoga raya tahun ni lebih bermakna kepada kita serta insan2 yg tersayang

Doa selalu melakukan kebaikan dan mendapat motivasi daripadanya

اللهمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ فِعْلَ الْخَيْرَاتِ ، وَتَرْكَ الْمُنْكَرَاتِ ، وَحُبَّ الْمَسَاكِينِ ، وَأَنْ تَغْفِرَ لِي وَتَرْحَمَنِي ، وَإِذَا أَرَدْتَ فِتْنَةً فِي قَوْمِي فَتَوَفَّنِي إِلَيْكَ وَأَنَا غَيْرُ مَفْتُونٍ ، اللهمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ حُبَّكَ ، وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ ، وَحُبًّا يُبَلِّغُنِي حُبَّكَ.

Ya Allah, aku memohon kepadaMu agar terdorong sentiasa melakukan ketaatn, ,meninggalkan perkara munkar, mencintai orang2 miskin, dan agar Engkau mengampunkan aku dan mengasihaniku.Aku mohon kepadaMu jika Engkau ingin mengenakan sesuatu musibah, maka matikan aku dalam keadaan selamat dari malapetaka itu.Ya Allah ! Aku mohon kepadaMu rasa cinta pdMu, cinta pd sesiapa yg menyintaiMu dan cinta yg menyampaikan aku kepada cintaMu. ( riwayat al-Hakim no 1932,al-mu’jam al-Kabir no 216 )

Sumber : Facebook Ustaz Zahazan Mohamed