Niat + Doa + Usaha + Tawakal

Nak berjaya bukannya mudah. Tapi kita kena ada azam/impian/tekad utk majukan diri kita. Bukan hanya utk kepentingan diri sendiri tapi utk keluarga; isteri, anak, keluarga, sahabat dan membantu org2 yg kurang upaya. Jadikanlah hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini.

Utk mencapai cita2 perlu kita lihat kemampuan dan keupayaan diri kita dahulu. Target hendaklah sesuatu yg realistik. Sesuatu yg kita usahakan atas minat dan bakat akan cepat membuahkan hasil. Rancang strategi utk mencapai matlamat kita. Gunakan PDCA (Plan-Do-Check-Action) utk dlm kita berusaha utk mencapai apa yg kita hajati. Doa jgn lupa. Ianya senjata orang mukmin. Mintalah hanya kepada Allah. Jgn meminta selain daripadaNya. Dekatkan diri kita kepadaNya. Mintalah bersungguh-sungguh. Moga cita2 kita diperkenankanNya.

Setelah perancangan dibuat hendaklah kita melaksanakan apa yg dirancang sebaik yg mungkin. Berusaha utk buat yang terbaik. Sesungguhnya Allah suka kepada mereka yg melakukan ibadat yang terbaik. Setelah berusaha, maka barulah kita bertawakal dan berserah kepadaNya. Moga amalan dan usaha kita selama ini membuahkan hasil. Jika apa yg kita hajati tidak tercapai, ini tidak bermakna kita gagal. Tapi mungkin ada rahmat/kebaikan/hikmah disebalik kegagalan itu. Atau mungkin Dia nak beri kita lebih baik daripada apa yg kita minta selepas ini. Kalo tidak di sini, di akhirat sana pasti akan dimakbulkan. Yg pasti kita jgn putus asa dengan apa yg kita hajati dan usahakan. Teruskan lagi berusaha.. lihat balik apa yg telah kita lakukan. Mungkin ada cacat-cela dlm tindakan yg kita lakukan sebelum ini… Selagi ada hayat… buat yang terbaik terutama dalam bab ibadah.

Comments

Salam Aidiladha

Assalamualaikum warahmatulLahi wabarakatuh,

Untuk semua umat Islam, khasnya kepada anda yg selalu mengunjungi blog saya ini, saya dan keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Adha. Semoga kita menghayati pengorbanan para anbiya, para auliya dan semua pejuang agama Allah ini di sepanjang zaman. Semoga kita dilimpahi Allah semangat perjuangan yang tidak akan luntur atau pudar disebabkan ujian dunia yang menimpa. Kepada Allah segala pujian, semoga dikurniakan kepada kita semua keikhlasan dalam iman dan amal.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, walilahi al-Hamd.

Comments

Panggilan Yang Agung

Isnin lepas apak selamat berangkat ke tanah suci untuk menunaikan Haji. Alhamdulillah.. doa apak makbul. Meskipun berbagai kekangan dan kerisauan apak terhadap apa yg ditinggalkannya di sini.

“Apak pergi sana… pasang niat betui2… Jgn pikirkan apa yg kat sini, pandailah nanti kami uruskan. Doa Dan moga apak sihat dan mendapat Haji yang mabrur… Amin..”, kata aku kat apak masa aku jemput dia dari kampung pada hari Sabtu tu. Alhamdulillah 2 hari lepas aku call apak. Meskipun dia demam (masuk hari ke-3) dia nampak seronok dari perbualan kami. Langsung tak de tanya perkara2 yg dirisaukannya sebelum itu. Tak per apak, kekadang demam yg Allah beri tu utk menghapuskan dosa2 kecil kita.

“Apak doakanlah utk Dan sekeluarga moga dimurahkan rezeki dan moga Najwa sihat”, pesan aku sebelum mengakhiri perbualan kami.

Comments

Bajet 2011

Meningkatkan potensi industri teknologi maklumat dan ICT: 1119 Juta ringgit di peruntukkan untuk program MY Creative Content, melanjutkan pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas peralatan jalur lebar selama 2 tahun.

Harap2 line tenet semakin power + murah

Telifon bimbit biasa dikenakan cukai 10 peratus manakala telifon bimbit yang mempunyai aplikasi seperti internet atau PDA, dikecualikan cukai jualan. bagi tujuan penyelarasan, cukai jualan dikecualikan ke atas semua jenis telefon bimbit.

Kadar dan mekanisme penetapan gaji minimum: 500 hingga 700 ringgit sebulan. Dengan kenaikkan ini, pendapatan keseluruhan pengawal keselamatan termasuk elaun adalah seribu ringgit sebulan berkuata kuasa 2011

Harap2 dpt mengurangkan kadar jenayah kat negara kita

Kerajaan memberi fleksibiliti untuk tempoh cuti bersalin bergaji penuh tidak melebihi 90 hari berbanding 60 hari sebelum ini

Alhamdulillah.. pompuan leh branak banyak skang 😉

Mengurangkan kos pengangkutan: harga tol PLUS Expressway Berhad tidak akan dinaikkan bagi tempoh 5 tahun akan datang bermula serta merta

Boleh slalu balik kg. Tapi aku memang balik kg ikut jalan lama pun !!

Menghargai sumbangan penjawat awam: 500 ringgit untuk menampung perbelanjaan persiapan sekolah

Alhamdulillah…

Penjawat awam – dibenarkan membeli hartanah daripada ibu, bapa, anak & adik beradik

Ni leh buat duit nie !!

Comments

Minggu yang memenatkan

1) Jemputan rumah terbuka (terima kasih kerana sudi menjemput. Moga korang dimurahkan rezeki. Minta maaf kepada yg tak dpt nak pegi.

2) Sistem ICMS, esok nak present

3) DBKL. Kena clearkan duit air yg tertunggak tu !!

4) Sistem e-QA. Kena make sure fully function.

5) Family matters. Kena bantu wife utk keperluan/kesihatan/pelajaran dsbnya memandangkan wife masih dlm pantang…

Moga Allah mempermudahkan urusan aku ini. Amin Ya Tuhan Pemilik Alam

Comments

Kelebihan Suami Sabar

Tahukah kita suami yang sabar terhadap isteri yg kuat berleter senang masuk syurga !!

Selalu kita perhatikan, sekarang ini suami banyak yang mengalah berbanding suami2 zaman mak/bapak kita dahulu. Kalo dulu, suamilah raja !! Isteri kena ikut perintah. Malah ada yang diperlakukan seperti hamba. Tapi kini, masyarakat kita semakin berilmu. Banyak tolak ansur antara pasangan.

Suami bukan takut pada bini tapi sayang pada akhirat. DenganMana tidaknya, dengan ibadat dan susah kita melayan kerenah isteri akan memudahkan kita ke syurga. Kata Imam Al-Ghazali, suami yang sabar kerana kesusahan isteri dan kesakitan yang disakiti oleh isterinya itu adalah setengah daripada faedah berkahwin.

Jika kita sabar atas perbuatan isteri; isteri sakiti hati kita, isteri tak hormat kita, kita akan dapat 2 kelebihan iaitu menjadi manusia yang suci hatinya dan sabar ini juga akan melatih kita melawan hawa nafsu.

Sumber: Ceramah Ustaz Mohd Kazim Elias

Comments

Salam Aidilfitri

Rasanya belum terlambat kot utk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pengunjung blog ini. Maaf zahir + batin. Halalkan dunia + akhirat.

Raya tahun nie aku balik kg ngan Haziq + Damia jer.. Pasal wife dalam pantang setelah selamat melahirkan Nur Qarirah Najwa. Tahun nie juga aku balik kg pada raya pertama lepas solat Jumaat. Cam biasa.. balik ikut jalan lama… Alhamdulillah perjalanan lancar. Rasanya semua org dah balik kot.

Ah… malasnya nak citer panjang2… Nanti bila kerajinan menulis kembali.. Aku post lagi citer terkini yer..

Comments