PHPMeetup 2011: Framework Shootout

Komuniti PHP.net.my dengan kerjasama MIMOS sekali lagi menganjurkan PHP Meetup. Perjumpaan kali ini akan berkisar mengenai framework yang ada di komuniti sumber terbuka.

Tentatif :
8.30 – Pendaftaran
9.00 – Ucapan alu-aluan dari Founder Php.net.my
– Ucapan alu-aluan dari Mimos Berhad
– CakePHP
10.25 – Breakfast
10.55 – Most Wanted Programmers
– Django
– DooPHP
1.10 – Lunch
2.15 – ZendFramework
– CodeIgniter
– Ruby On Rails
– PHP Hyppo
5.05 – Tea Break and Chats

– Presenters:
1. Zend Framework (TerasAmpuh)
2. CakePHP (Bazet)
3. PHPHyppo (hymns)
4. Code Igniter (aizuddinmanap.com)
5. dooPHP – Leng Sheng Hong (darkredz)
– Guest Languages:
6. Django – framework untuk Python (Doubt).
7. Ruby on Rails (Azrad)
– Non-framework topic
8. Become the Most Wanted Programmer in the Market (Lee Johnson – 40Square)

Bahasa pengantar adalah mengikut presenter.

masuk adalah percuma. keluar pun sama. ๐Ÿ™‚

Breakfast, Lunch dan makan petang disediakan. First come first makan basis.

Penaja Bersama :
AIST –ย http://www.aist.com.my/
PRIMUSCORE –ย http://www.primuscore.com/
EXPERIAN HITWISE –ย http://www.hitwise.com/
JMOBI –ย http://www.i-mobe.com/

Yang datang akan dapat MUG PERCUMA selagi stok masih ada.

Semoga segalanya dipermudahkan olehNYA.

FB:ย http://www.facebook.com/event.php?eid=147833501942196

Comments

Singgah sebentar…

Skang aku ada kat Coffee Classic, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Saja lepak sini. Sambil2 buat sistem sambil surf percuma. Thanks kpd pihak Cofffe Classic atas WIFI percuma yg laju !!

Currently:
+ Education Loan Management System (new)
+ Prepaid Business (new)
+ Sistem eLatihan (update)
+ ICMS (update)

Comments

Facebook

Comments

Haqis.Com

Akhirnya, berjaya juga aku mendaftarkan domain haqis.com

Comments

Doa Elak Cabul dan Rogol

Terdapat beberapa pertanyaan tentang doa yang khusus bagi kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan.

Maka di sini, selain doa dari hadis sohih pelindung setiap kali keluar rumah yang telah saya paparkan sebelum ini iaituย :-

ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูย  ูŠู‚ูˆู„ ู…ู† ู‚ุงู„
ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุงู„ุฐูŠ ู„ูŽุง ูŠูŽุถูุฑูู‘ ู…ุน ุงุณู’ู…ูู‡ู ุดูŽูŠู’ุกูŒ
ููŠ ุงู„ุฃุฑุถ ูˆู„ุง ููŠ ุงู„ุณูŽู‘ู…ูŽุงุกู ูˆู‡ูˆ ุงู„ุณูŽู‘ู…ููŠุนู ุงู„ู’ุนูŽู„ููŠู…ู

ุซูŽู„ูŽุงุซูŽ ู…ูŽุฑูŽู‘ุงุชู ู„ู… ุชูุตูุจู’ู‡ู ููŽุฌู’ุฃูŽุฉู
ุจูŽู„ูŽุงุกู ุญุชู‰ ูŠูุตู’ุจูุญูŽ ูˆูŽู…ูŽู†ู’
ู‚ูŽุงู„ูŽู‡ูŽุง ุญูŠู† ูŠูุตู’ุจูุญู ุซูŽู„ูŽุงุซู
ู…ูŽุฑูŽู‘ุงุชู ู„ู… ุชูุตูุจู’ู‡ู ููŽุฌู’ุฃูŽุฉู ุจูŽู„ูŽุงุกู
ุญุชู‰ ูŠูู…ู’ุณููŠูŽ

DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MAโ€™ASMIHI SYAIUN FIL ARDIย WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMIโ€™UL โ€˜ALIM

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : โ€œDengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahuiโ€ sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnyaโ€ ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ;ย ย  At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan โ€“ Teks doa berwarna Merahย  Syeikh Syuaib ; Hasan)

ุงู„ู„ู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุงูู†ู’ ูƒูู†ู’ุชูŽ ุชูŽุนู’ู„ูŽู…ู ุงู†ูŠ

ุขู…ูŽู†ู’ุชู ุจููƒูŽ ูˆูŽุจูุฑูŽุณููˆู„ููƒูŽ
ูˆูŽุฃูŽุญู’ุตูŽู†ู’ุชู ูุฑุฌูŠ
ุฅูู„ุงูŽู‘ ุนู„ู‰ ุฒูˆุฌูŠ
ููŽู„ุงูŽ ุชูุณูŽู„ูู‘ุทู’ ุนูŽู„ูŽู‰ูŽู‘ ุงู„ู’ูƒูŽุงููุฑูŽ

DALAM SEBUTAN RUMIย : ALLAHUMMA IN KUNTA TAโ€™LAMU INNI AAMANTUย BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA โ€˜ALA ZAWJI FALA TUSALLIT โ€˜ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM

Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalimโ€ ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )

Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersoifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.

Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.

Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidakย anggapย wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.

Sumber: Zaharuddin.Net

Comments

Cuti2 di Melaka

Letihnya badan hari ni.. Sengal2 semalam masih belum lega lagi. Sabtu pagi2 aku dah pegi repair air-cond kereta agar senang kiranya ujan lebat pada sabtu (04/12/2010) dan ahad (05/12/2010) tu. RM 130.00 – services + repair control cencored. Moga Allah permudahkan urusan dan perjalanan aku !!

Dlm seminggu tu aku sibuk dok cari homestay utk aku sekeluarga + biras (Fadhil) sekeluarga menginap. Alhamdulillah, pagi tu dpt gak contact satu homestay di Ayer Keroh – 012 6582176 (Khairul). RM120 semalam rasanya tak mahal. Kebetulan pulak Zahar sekeluarga join kami. Rasanya penginapan yg disediakan tu amat berbaloi utk kami sewa. Ptg lebih kurang jam 2:30 kami sampai di Ayer Keroh. Pekena asam pedas di kawasan kedai baru di MITC. Pegi Melaka, kalo tak pekena asam pedas tak sah !!

Petang lebih kurang jam 5 kami ke Taman Rempah Ratus. Jeti utk naik Melaka River Cruise. Seronok betul wife ngan isteri aku dpt naik ย bot sambil menikmati pemandangan indah di sepanjang Sungai Melaka. Rasanya lebih kurang 30-45 minit gak perjalanan pegi dan balik. Tiket pun tak mahal; RM10 utk dewasa dan RM5 utk kanak2 bawah 12 tahun.

Balik dari situ terus shopping kat Jaya Jusco. Masa ni arr Zahar jumpa ngan kami. Kemudian kami terus ke Parameswara, Umbai pekena ikan bakar. Pergh !! Org punyalah ramai.. Nak pilih ikan kena beratur, nasib arr waktu kami sampai tu ada sekeluarga baru abis makan. So memang dpt port baik arr. Selamat utk anak2 kecil drp kena tempias ujan. Udang (1KG) + ketam (6 ekor) + Jenahak (1 ekor) + Terubuk (2 ekor)… Mlm tu kami makan habis RM275.00. Makan sedap dan yg penting depa masak cepat. Rasanya tak sampai 20 minit order kami dah siap…

Balik homestay lebih kurang jam 12:30pm. Rehat + tido !! Kena charge tenaga utk mandi kat Wonderland Waterpark di Ayer Keroh esoknya. Memang betul apa yg Khairul cakap. Beratus kereta masuk ke wonderland. Nak parking pun rasanya 2KM dari pintu masuk. Yg lain semua FULL !! Tempat menarik, slide dia lagi besh drp Bukit Gambang Waterpark. Cuma sistem bayaran terutama nak sewa tiub memang amat mengecewakan. Hampir 40 minit berbaris baru dapat sewa tiub. Bayaran masuk – RM30 (dewasa), RM25 (kanak2 bawah 12 thn), RM15 (warga emas), FOC (kanak2 bawah 90 cm).

Mandi sampai puas !! Petang kul 6:30 kami bertolak balik Bangi. Rasanya memang enjoy arr kali ni bawak Nana, Haziq, Damia dan Najwa jalan2.. Rezeki Allah beri, aku kongsikan bersama keluarga. Aku tinggalkan semua hal2 berkaitan kerja/freelance. Ini waktu utk bersama keluarga !! Aku gembira bila melihat mereka gembira. Insyallah ada rezeki lagi kami bercadang nak ke Penang pulak…

Comments

Currently…

+ ICMS
+ Sistem eLatihan
+ Sistem eQA
+ Web JMK

Coming…
+ Task management
+ Sistem tempahan borang klinikal
+ Sistem tempahan bilik mesyuarat

Comments