Jomlaunch Edisi Ke-9

Pengenalan

JomLaunch merupakan salah satu acara komuniti yang popular dan sering menyaksikan pelbagai produk dan idea baru dilancarkan melaluinya. Pada 04-08 Oktober 2021 telah berlangsung acara Jomlaunch Edisi Ke-9 yang dianjurkan oleh komuniti Facebook Group JOMWEB. Melalui acara ini, programmers, developers, UI/UX designers, pakar security, dan lain-lain penggiat ICT tanah air berhimpun untuk mengetengahkan projek-projek mereka. Ini semua bagi meraikan bakat dan kepakaran ICT tanah air, dan mengambil peluang untuk kenal mengenali dan belajar daripada satu sama lain.

Seperti edisi sebelum ini, penganjuran Jomlaunch Edisi Ke-9 juga diadakan negara masih lagi berada dalam era pandemik COVID-19. Untuk itu Jomlaunch Edisi Ke-9 diteruskan lagi secara digital melalui aplikasi Airmeet.

Format Acara Jomlaunch Edisi Ke-9

Untuk sesi kali ini, Jomlaunch telah merancang untuk mempelbagaikan aktiviti bagi memeriahkan acara yang diadakan. Bermula dengan sesi pagi iaitu perkongsian  daripada projek terpilih untuk membentangkan projek mereka kepada umum. Kemudian sesi perkongsian ilmu teknikal dan bisnes startup dan ICT daripada pakar dan mereka yang berpengalaman dari dalam dan luar negara pada sebelah petang dan malamnya. Tidak lupa juga sesi networking untuk memberi peluang kepada peserta untuk berkongsi diskusi mengenali co-founder bisnes, klien, kenalan dan pelbagai lagi.

Seperti edisi yang diadakan sebelum ini, setiap sesi pembentangan projek terpilih akan diakhiri dengan soalan kuiz kepada peserta dan merebut hadiah menarik yang ditawarkan. Istimewa pada edisi kali ini, pencarian telur emas (Gold Egg) diperkenalkan bagi membolehkan peserta menambah mata QR Code yang juga melayakkan peserta menerima kategori hadiah istimewa.

Projek-projek Yang Dibentangkan

Jomlaunch Edisi Ke-9 2021 kali ini telah menampilkan kategori baru iaitu untuk penuntut ICT membentangkan projek-projek mereka. Kategori penuntut ICT ini ditaja oleh RunCloud. Setiap kali penganjuran Jomlaunch diadakan, pasti akan ada projek-projek yang mempunyai nilai dan impak yang besar.

Antara projek-projek yang dibentangkan sepanjang 5 hari acara ini diadakan ialah:

  1. SecurePay oleh Amir Haris – SecurePay is the official payment platform for Jomlaunch which using security feature (ISO/IEC 15408)
  2. Workbeat oleh Samantha Liew – An establish digitalized HR Management which using PHP, CakePHP and jQuery in the development
  3. eKV oleh Muhammad Hanis Irfan – A centralized system for Kolej Vokasional student. Invented to ease the access for Lecturers and Student, and integrating the different features into one easy access portal
  4. TutorXcess oleh Ziyad Rashid – A one stop solution for Tutor and Class booking. This will simplify the process in choosing tutors based on user’s preferences. It is also a platform for tutors to promote their class and teaching expertise
  5. EasyDrop oleh Siti Nabilah – A system that applied a contactless delivery approach for users. No more hassle in receiving the parcel ie: waiting for delivery. Just drop the parcel into Easy Drop and there will be tracking by SMS platform
  6. Planet Mahir oleh Ferdy Fauzi – platform perkongsian kemahiran dalam talian berbentuk Video On Demand (VOD) pertama di dunia yang menggunakan Bahasa Melayu dalam penyampaian di mana ia boleh diakses melalui laman web dan aplikasi mudah alih
  7. IBEDS oleh Dr. Alia Nadhirah – Integrated Bed Entry and Database System
  8. GetOTP oleh Fathur Rahman – With just a simple API call, you can implement your one time password authentication flow without worrying about retry or multiple authentication channel logic
  9. BDxAcademy oleh Khairul Fikri – Membantu pelajar untuk membina projek dan mendalami penggunaan Arduino dan Raspberry Pi
  10. AIRDrone oleh Said Zalehan Said Johan – The drone that powered by an autonomous system by using Python language. The drone build from manual control to the drone that control by itself
  11. C-HAT oleh Raja Hafiz – A mobile application for Ampang Hospital services, where their tagline is “Do not come to the hospital”
  12. ToyyibGold oleh Nurina Amira Mohd Isham – A platform to provide online physical gold trading opportunities
  13. Juno oleh Ariff Azraai – Open source intelligence data hub. Help people to analyze current affairs
  14. Stafy oleh Erymuzuan – A Human Resource Management System for SMEs and SMEs that is almost free to use
  15. Dynanity oleh Said Nizamuddin Nadim – eunification Literacy For Dynamic Evaluation With Artificial Intelligence project, a student final year project (FYP) organizing and judging system
  16. PetotumVET oleh Shifa Azahar – A management system for veterinary clinics
  17. Playlab Classroom oleh Ridzwan Azhar – An interactive gamification learning platform for kids (3 – 7 years old)
  18. Lapasar Wholesale oleh Farhan Syah – Lapasar Wholesale aims to improve the supply chain process of SMEs mainly in the Restaurant and Groceries by providing a platform to buy supplies and on-demand supply logistic
  19. Teamfantasia oleh Shahrir Bahar – The Malaysia Super League (Liga Super Malaysia) is the men’s top professional football division of the Malaysia football league system
  20. KUIS E-Voting System oleh Luqman Haqeem – KUIS E-Voting System project
  21. Parkir Pintar Kecerdasan Buatan oleh Hamizi Jaminan – Artificial Intelligence Smart Parking project, which is an intelligent parking management system (using AI)
  22. Open Petro oleh Muhammad Farhan Helmy – Petrol Station Automation System with IoT Pump
  23. TropikaAG oleh Farid Jasni – Democratizing AI, machine learning and tech to every farmers. A garden management system built using .Net
  24. Basetribes oleh Ramzan Rozali – WordPress CRM plugin that help to identify your top 20 customers and make them repeat orders by contacting them via whatsapp
  25. Stencil oleh Shulhi Sapli – Stencil is an image generation API that automatically creates share images for your content from custom templates

Seperti edit sebelum ini, sesi pembentangan Jomlaunch Asia Conference edisi ke-9 ini juga tidak kurang menariknya oleh speaker-speaker jemputan berikut:

  1.  Build your High Concurrency App with PHP and Swoole oleh Albert Chen -How to build high concurrency app with PHP and Swoole? A coroutine-based asynchronous PHP programming framework
  2. StoreApp – One Platform, Multiple Ways To Sell oleh Tan Yin See – A comprehensive app that aims to make the store management experience easier and efficient for consumers
  3. The Freelancer’s Guide to Building a Sustainable Digital Business oleh Nathan Onn – Sharing about the freelance framework ‘One Coder Agency: The Freelancer’s Guide to Building a Sustainable Digital Business’
  4. Hyper Freelance oleh Ben Issen – Discovered more on the bright side of freelancing. Also introduced the Hyper Freelance model that consist of three activities: freelancing, teaching and product building
  5. Let it Crash! An approach on Building Reliable Services oleh Hatta Zainal – Sharing the ‘Let it Crash’ concept using Erlang technology and how the approach can be used in app development
  6. NFT’s Future Potential oleh Irsyad Saidin – NFT’s Future Potential from a variety of technology such as Smart Contract, Solidity, including the use cases, and much more
  7. Fundamentals of Application Performance Tuning oleh Radzi Tajuddin – A sharing session about the ‘Fundamentals of Application Tuning’
  8. How to Build an Audience-Driven Business oleh Arvid Kahl – The Bootstrap Founder sharing the business ideas generation which derive from the audience perspective

Pada sesi sebelah malam, perkongsian yang hebat daripada pembentang-pembentang berikut:

  1. Kisah Bermulanya Noor App – Izzairi Yamin – Some helpful hacks for developer and tips for startup, apart from the development journey of The Noor App
  2. Digital Marketing oleh Syahmi Sadan – How to market the products through three structures of FB Ads which are Campaign, Ad Set and Ad?
  3. How to DIY Your Dream Career? oleh Safinah Mohd Zin – How to figure out either my salary is reasonable with my position and skillset? How to DIY my resume with the right content?
  4. DevOps: Pengaruhnya Kepada Pengurusan Projek oleh Harisfazillah Jamel dan Fazli Azran – What is the role of DevOps in project management? Who is responsible in DevOps? How to adopt DevOps in project management?
  5. Kisah Bermulanya Baituljannah oleh Muhammad Azrain – One of the main Jomlaunch 2021 supporters. A digital matchmaking platform for Muslims which launched in March 2018. How does Baituljannah come into the picture in the first place?

Pandangan peribadi saya, penganjuran Jomlaunch Edisi Ke-9 kali ini telah mencapai sasarannya kerana tempoh 5 hari yang dirancang telah diisi dengan penuh perkongsian ilmu dan teknologi ICT daripada pembentang-pembentang yang hebat dan telah mempunyai nama dalam industri ICT di Malaysia khususnya. Ucapan terima kasih saya kepada tuan Diktator Dino Iszuddin yang telah bertungkus lumus bersama pasukkan bagi menjayakan program ini. Dan tidak lupa juga kepada semua sponsor serta mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam acara sebegini.

Harapan saya agar acara sebegini diteruskan lagi pada masa-masa akan datang dengan menjemput mana-mana VVIP yang dalam bidang berkaitan agar program seperti ini mendapat perhatian pihak yang lebih sewajarnya untuk mengangkat industri ICT tanah air dengan menggunakan kemampuan dan kepakaran anak Malaysia.

Comments

Published by

PakCu

I'm a simple person