Sublime Text 3 Plugin For Fast Coding

Sublime Text 3 adalah satu editor yang saya gunakan untuk membuat kod-kod pengaturcaraan. Walaupun ia harus mempunyai lesen berbayar, namun harga lesennya adalah agak murah berbanding kepelbagaian ciri-ciri yang ada padanya. Hampir semua ciri-ciri yang saya perlukan semasa membuat kod untuk membangunkan sesebuah laman web terdapat pada aplikasi ini. Ini membantu saya membangunkan laman web yang dikehendaki dengan lebih mudah dan cepat.

Saya menggunakan OS Windows 10. Di antara Sublime Text 3 Plugin yang wajib pada saya perlu dipasang sebelum Sublime Text 3 anda menjadi lebih superb adalah seperti berikut:

1. Control Package

Control Package merupakan pengurus setiap package yang anda pasang/kemaskini/buang. Shortcut-key: Ctrl + Shift + P

2. Alignment

Alignment memudahkan akan untuk menyusun kod anda agar lebih teratur
Shortcut-key: Ctrl + Alt + A

3. Emmet

Plugin wajib yang mencepatkan untuk menghasilkan kod melalui shortcut yang telah ditetapkan oleh plugin ini. Untuk senarai shortcut, sila ke url berikut – http://docs.emmet.io/

4. SidebarEnhancement

Plugin ini akan menambah menu pada sidebar yang terdapat dalam Sublime Text 3. Pada asasnya sidebar sedia ada dalam Sublime Text 3 adalah sangat asas.

5. ColorPicker

ColorPicker memudahkan kita untuk memilih warna yang dikehendaki untuk menetapkan warna tulisan, background dan sebagainya. Sebelum ini saya terpaksa membuka another browser tab untuk melihat HEX bagi sesuatu warna.
Shortcut-key: Ctrl + Shift + C

6. Color Highlighter

Color Highlighter memudahkan kita untuk melihat warna setelah hexadecimal (HEX) ditulis. Sebelum ini saya terpaksa refresh page yang telah dibuat untuk melihat hasil warna yang dipilih.

7. Bootstrap 3 Snippets

Snippets untuk Twitter Bootstrap 3. Untuk menghasilkan elemen form, table, alerts, badges, carousel, icons, images, pagination, navigations, panel dan sebagainya
Shortcut-key: bs3-*

8. GIT

Saya menggunakan version control system (VCS) GIT. Melalui plugin ini, aplikasi GIT dapat diintergrasikan dengan Sublime Text 3. Namun begitu, saya masih suka menggunakan git bash :p. Setelah pemasangan GIT, jangan lupa untuk menetapkan dalam Environment Variables > System Variables > Path dan tambahkan lokasi pemasangan cthnya: D:\Software\Git\bin.

9. GitGutter

Plugin GIT sahaja tidak lengkap tanpa dipasang plugin GitGutter. Plugin ini memudahkan kita untuk melihat perbezaan apabila berlaku conflict. Kita dapat melihat perbezaan yang ditambah/dibuang/diubah

10. Predawn Theme

Tema kegemaran saya. Tema ini menukar icon yang terdapat dalam Sublime Text 3. Tema Predawn ini juga menyediakan skema warnanya sendiri iaitu Predawn Monokai

11. Material Theme

Selain daripada Predawn, tema ini juga kelihatan menarik untuk digunapakai pada Sublime Text 3 anda.

12. HTML5

Snippets HTML5 untuk aplikasi Sublime Text 3.

13. HTMLBeautify

Plugin untuk membetulkan format (indents) kod HTML. Tujuan indents ini adalah untuk memudahkan kod kita dibaca oleh pengaturcara lain.
Shortcut-key: Ctrl + Alt + Shift + F

14. SublimeLinter

Sekiranya anda inginkan plugin yang memudahkan anda untuk melihat kesilapan semasa menulis kod, plugin ini adalah pilihan yang terbaik. Kesilapan seperti close bracket yang tertinggal dapat dikesan dengan mudah.

15. GitStatus

Saya baru memasang plugin ini (13/05/2016) dan memudahkan saya untuk melihat status pada setiap perubahan yang dilakukan dalam repository projek. Status ini dipaparkan pada ‘command palette’ seperti Git: Dirty, Git: Clean, Git: Changed files dan Git: Unmerged files

Terdapat juga beberapa plugin yang saya rasa bagus dipasang sekiranya anda menggunakan PHP Framework: Laravel 5 seperti berikut:

1. Laravel 5 Artisan

2. Laravel 5 Snippets

3. Laravel Blade Highlighter

Akhir sekali bagi mereka yang baru menggunakan Sublime Text 3 bolehlah memasang plugin berikut untuk memudahkan serta mempercepatkan kita mempelajari dan mahir menggunakan Sublime Text 3

1. Sublime Tutor

Update: 11/06/2016

1. BracketHighlighter

2. Autoprefixer

Update: 20/04/2017

1. AdvancedNewFile

2. JavaScript & NodeJS Snippets

Update: 12/09/2018

1. All Autocomplete