Updated!

Lama tak update. So apa perkembangan terkini aku!!

Cuti2 Malaysia
+ KL -> Pendang, Kedah (keta overheat kat pendang)
+ Pendang -> Penang (pekena laksa penang + nasi kandar beratur)
+ Penang -> Langkawi (idaman suri)
+ Langkawi -> KL
+ KL -> Ulu Kinta, Ipoh (up icms)
+ Ipoh -> KL (haziq + damia periksa sekolah)
+ KL -> Ulu Kinta, Ipoh (uat icms)
+ Ulu Kinta -> KL (banyak update kena buat)
+ KL -> Cherating, Pahang (sanggar kerja jabatan)
+ Cherating, Pahang ->  KL (kopok lekor + sata pak aziz)

Kerja
+ Banyak kerja opis pending
+ Bos pun cuti, staff pun cuti, aku pun cuti….

PHP + mySQL
+ ICMS
+ V10 (ae + wan snake)
+ Tunetalk (amir)
+ ELMS (student)
+ eLatihan (sry pn zu + cik wan, kekangan waktu skang ni)

Family
+ Aku – kesihatan agak terganggu kebelakangan ni. Allah nak menguji dan nak kasi pahala
+ Nana – sian penat melayan karenah anak + uruskan rumahtangga. syukur dpt isteri cam dia
+ Haziq – semakin kurang nakal, semakin malas nak ke sekolah, suka tengok muvi
+ Damia – semakin bijak persekolahannya. kulit makin itam, hari2 mandi kolam kat cherating
+ Najwa –  perkembangan semakin +ve, dah mula panjat sofa, kuat merajuk + suka geram2

p/s: Kalo kita dah terima amanah org, buatlah yg terbaik.

Minggu yang memenatkan

1) Jemputan rumah terbuka (terima kasih kerana sudi menjemput. Moga korang dimurahkan rezeki. Minta maaf kepada yg tak dpt nak pegi.

2) Sistem ICMS, esok nak present

3) DBKL. Kena clearkan duit air yg tertunggak tu !!

4) Sistem e-QA. Kena make sure fully function.

5) Family matters. Kena bantu wife utk keperluan/kesihatan/pelajaran dsbnya memandangkan wife masih dlm pantang…

Moga Allah mempermudahkan urusan aku ini. Amin Ya Tuhan Pemilik Alam

Selamat ke sekolah Haziq & Damia

Tahun ni dua-dua anak aku (Muhammad Haziq Naufal & Nur Qistina Damia) bersekolah. Yang sulung masuk darjah satu. Yang kedua masuk Tadika Sri Wawasan (5 tahun). Aku ambil cuti, mudah sikit nak uruskan anak. Dalam kepayahan sedang mengandung nak masuk 2 bulan, Nana sibuk menguruskan anak. Syukur aku ada isteri yang amat perihatin dengan keperluan anaknya. Teringat masa arwah ibu menguruskan setiap kali aku nak ke sekolah dulu.

Baru dua anak masuk sekolah aku dah terasa. Bayangkan orang tua kita, perit jerih depa nak menyekolahkan anak. Bukan sorang dua.. cam aku ni, 17 14 adik-beradik yang bersekolah. Sememangnya tuhan itu Maha Adil lagi Maha Mengetahui. Benarlah kata orang tua-tua, setiap anak yang dilahirkan ada rezeki mereka.

Doa aku moga Haziq & Damia rajin mencari ilmu. Agar mereka terus berusaha mencari ilmu walau payah manapun.