Kelebihan Suami Sabar

Tahukah kita suami yang sabar terhadap isteri yg kuat berleter senang masuk syurga !!

Selalu kita perhatikan, sekarang ini suami banyak yang mengalah berbanding suami2 zaman mak/bapak kita dahulu. Kalo dulu, suamilah raja !! Isteri kena ikut perintah. Malah ada yang diperlakukan seperti hamba. Tapi kini, masyarakat kita semakin berilmu. Banyak tolak ansur antara pasangan.

Suami bukan takut pada bini tapi sayang pada akhirat. DenganMana tidaknya, dengan ibadat dan susah kita melayan kerenah isteri akan memudahkan kita ke syurga. Kata Imam Al-Ghazali, suami yang sabar kerana kesusahan isteri dan kesakitan yang disakiti oleh isterinya itu adalah setengah daripada faedah berkahwin.

Jika kita sabar atas perbuatan isteri; isteri sakiti hati kita, isteri tak hormat kita, kita akan dapat 2 kelebihan iaitu menjadi manusia yang suci hatinya dan sabar ini juga akan melatih kita melawan hawa nafsu.

Sumber: Ceramah Ustaz Mohd Kazim Elias

Comments

Published by

PakCu

I'm a simple person