JomWeb Meetup 02/11/2013 @ Training.My

Alhamdulillah, hari ni dapat join meetup JomWEB untuk berkongsi ilmu tentang psd2html, umobile dan meteor. Hanya bayar RM10.00 untuk join sesi kali ini. Kalau hendak dibandingkan dengan ilmu yang diperolehi + makan tengahari, rasanya RM10.00 apalah sangat. Ramai juga yang hadir sekitar 12 orang hadir.

PakCu masuk agak lambat, dalam jam 10.30am baru dapat join. Kelas bermula jam 09:00am. Sesi pertama dimulakan oleh saudara Iszuddin Ismail dengan topik bertajuk psd2html. Sebelum ini PakCu hanya tahu penggunaan slice dalam image yang telah disiapkan menggunakan Adobe Photoshop dan kemudiannya dislice utk diexport sebagai html page. Melalui sesi pagi ini, saudara Iszuddin Ismail telah memberi sedikit pencerahan bagaimana membuat html page daripada psd dengan menggunakan teknik CSS. PakCu ditambah dengan ilmu baru mengenai CSS iaitu CSS Reset

Kelas berehat tengahari awal sedikit kerana penceramah tidak beberapa sihat. Sesi petang disambung oleh saudara Zulfa Juniadi B Zulkifli. Topik mengenai UMobile. Saudara Zulfa ini menunjukkan bagaimana membuat aplikasi mobile menggunakan Apache Cordova + NodeJS + JQueryMobile + AppGyVer Steroids. Walaupun sample yang diberikan agak simple tapi dengan documentation yang disediakan insyallah akan memudahkan kita nanti.

Sebelum kelas tamat pada jam 04:30pm, kami sekali lagi diberi pendedahan mengenai Meteor. Meteor adalah satu framework menggunakan javascript untuk mengemaskini maklumat secara live tanpa perlu anda refresh page tersebut; cthnya: utk sistem bidding, online booking. Untuk memuatturun meteor, sila ke url berikut http://win.meteor.com. Untuk mendapatkan dokumentasi meteor ini, sila ke url http://docs.meteor.com. Meteor menggunakan kaedah handlebarsjs untuk format/kaedah templates. Meteor menggunakan mongodb sebagai default and only database. MongoDB akan terbina apabila anda memasang meteor ini.

Comments

Published by

PakCu

I'm a simple person