Alhamdulillah

1st skali aku nak memanjatkan kesyukuran kepada Allah swt atas limpah rahmat yang dikurniakan kepadaku.. Banyak perkara baik yang berlaku pada aku sepanjang bulan Sya’ban dan Ramadhan ni. Antaranya:

Projek ICMS
Thanks bro Kamal krn memberi kepercayaan utk aku + team develop Sistem ICMS ni. Insyallah kami akan lakukan yang terbaik utk projek ini. Mudah2an akan ada projek susulan.

Broadband Maxis
Setelah hampir 3 bulan aku offline, aku kini dah boleh online dengan Maxis Broadband. Walaupun package paling minima (RM48.00/bulan) tapi.. cukup utk keperluan aku buat masa ni. Thanks bro Eddy pasal hang yg rekemenkan aku pakai maxis. Memandangkan bro Cd dah pakai uni-fi… so kerja2 mendownload aka torrent diusahakan oleh beliau jer

Kelahiran Nur Qarirah Najwa
Tiada harta yang lebih berharga daripada kelahiran seorang lagi puteri menambahkan keluargaku menjadi 5 orang keseluruhannya. Tepat jam 1:20am pada 16/08/2010, isteriku melahirkan anak perempuan di PPUKM. Thanks kpd semua warga kerja PPUKM yang telah memberi layanan yang amat baik sekali sepanjang isteri aku berada disana.

Pertukaran ke Unit Laporan Perubatan
Akhirnya permohonan aku utk ditukarkan ke Unit/Jabatan lain diterima oleh Ketua Jabatan. Aku melapordiri di Unit Laporan Perubatan, Jabatan Maklumat Kesihatan, PPUKM pada 16/08/2010. Thanks Cik Nazwin dan Puan Surianti krn tolong aku utk pertukaran ini. Thanks juga kat Azlina Shukor krn selalu mendoakan aku ditukarkan.

Bila aku kenangkan balik apa yg telah berlaku sebelum ini dan rezeki yang Allah berikan ini, maka benarlah… Apabila kita kembali kepada Allah ketika kita dlm kesusahan, Dia akan sentiasa membantu kita. Cuma kita perlu sentiasa mengingatiNya bukan hanya pada waktu kesusahan tapi juga ketika dimasa senang/sihat/gembira kerana itu juga merupakan dugaan daripadaNya.

Hendaklah kita bersyukur dengan apa yang dikurniakan olehNYa. Pada yg telah membantu dan mendorong aku kepada kejayaan ini, aku ucapkan berbanyak terima kasih. Moga segala jasa baik korang semua, Allah sahaja yang membalasnya dan dipermudahkan urusan korang.

Amin Ya Allah…