18 Cara Merawat Hati

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap penyakit akan ada ubatnya. Penyakit yang paling sukar diubati adalah penyakit hati manusia. Jika hati manusia sudah sakit dan pemilik hati tersebut tidak tahu bahawa hatinya berpenyakit maka sukar untuk di ubati. Tetapi jika pemilik hati tahu dia sedang sakit dan berusaha untuk mencari penawarnya maka ianya satu petanda bahawa ubat yang dicari akan ditemui dan insya Allah hati tersebut akan dapat di ubati dan akan menngalami penyembuhan.

Terdapat 18 cara dan rawatan hati yang perlu dilakukan supaya hati kalian dapat dirawat dan terhindar daripada penyakit hati. Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :

1. Mentarbiah hati supaya mencintai Allah SWT dengan sedalam-dalamnya.

2. Membaca serta bertadarus (menyelidik) makna dan maksud-maksud ayat al-Quran.

3. Mendekatkan kepada Allah SWT dengan amalan-amalan sunat.

4. Khusyuk dalam solat.

5. Memperbanyak zikir dan memohon ampun kepada Allah SWT.

6. Melakukan kebaikan kerana ikhlas kepada Allah SWT dan mengharapkan keredaan-Nya.

7. Melakukan amal dan ibadat berdasarkan perintah Allah dan Rasul.

8. Beriktikad dengan akidah yang betul.

9. Sentiasa melakukan muhasabah diri.

10. Memperuntukkan masa bagi Allah SWT menerusi penggarapan ilmu-ilmu agama.

11. Memperbanyakkan qiyamullail, berdoa terutamanya pada sepertiga malam.

12. Tunduk dan khusyuk kepada Allah SWT dalam segenap tindakan dan perbuatan.

13. Memastikan sumber makanan dan pakaian adalah halal di sisi Allah SWT.

14. Menundukkan penglihatan kepada perkara-perkara yang diharamkan Allah SWT.

15. Suka menziarahi kubur dan mengingati mati.

16. Sentiasa bersyukur dan reda kepada Allah SWT atas segala nikmat yang dikurniakan.

17. Suka membantu anak-anak yatim dan bermesra dengan mereka.

18. Suka bersahabat dan duduk dengan orang-orang soleh yang boleh dijadikan teladan.

Sahabat yang dimuliakan,

Marilah sama-sama kita beramal dengan 18 perkara di atas yang akan mendekatkan hubungan hati kita dengan Allah SWT dan meningkatkan ilmu dan amal dan istiqamah dengan jalan yang hak. Hanya hati yang bersih, mulia, sejahtera dan ikhlas akan dapat memasuki syurga Allah SWT yang bebas daripada penyakit-penyakit hati.

Sumber: ILuvIslam.Com

Niat + Doa + Usaha + Tawakal

Nak berjaya bukannya mudah. Tapi kita kena ada azam/impian/tekad utk majukan diri kita. Bukan hanya utk kepentingan diri sendiri tapi utk keluarga; isteri, anak, keluarga, sahabat dan membantu org2 yg kurang upaya. Jadikanlah hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini.

Utk mencapai cita2 perlu kita lihat kemampuan dan keupayaan diri kita dahulu. Target hendaklah sesuatu yg realistik. Sesuatu yg kita usahakan atas minat dan bakat akan cepat membuahkan hasil. Rancang strategi utk mencapai matlamat kita. Gunakan PDCA (Plan-Do-Check-Action) utk dlm kita berusaha utk mencapai apa yg kita hajati. Doa jgn lupa. Ianya senjata orang mukmin. Mintalah hanya kepada Allah. Jgn meminta selain daripadaNya. Dekatkan diri kita kepadaNya. Mintalah bersungguh-sungguh. Moga cita2 kita diperkenankanNya.

Setelah perancangan dibuat hendaklah kita melaksanakan apa yg dirancang sebaik yg mungkin. Berusaha utk buat yang terbaik. Sesungguhnya Allah suka kepada mereka yg melakukan ibadat yang terbaik. Setelah berusaha, maka barulah kita bertawakal dan berserah kepadaNya. Moga amalan dan usaha kita selama ini membuahkan hasil. Jika apa yg kita hajati tidak tercapai, ini tidak bermakna kita gagal. Tapi mungkin ada rahmat/kebaikan/hikmah disebalik kegagalan itu. Atau mungkin Dia nak beri kita lebih baik daripada apa yg kita minta selepas ini. Kalo tidak di sini, di akhirat sana pasti akan dimakbulkan. Yg pasti kita jgn putus asa dengan apa yg kita hajati dan usahakan. Teruskan lagi berusaha.. lihat balik apa yg telah kita lakukan. Mungkin ada cacat-cela dlm tindakan yg kita lakukan sebelum ini… Selagi ada hayat… buat yang terbaik terutama dalam bab ibadah.

Permohonan Pertukaran Penempatan

Sebulan dah aku kat Unit Koding ni. Aduh !! Penstrukturan semula Jabatan Maklumat Kesihatan telah menyebabkan aku yang sepatutnya masuk Unit Kajian & Statistik ditempatkan di Unit Koding. Boringnya kerja baru nie !!

Aku dah jumpa Dato’ Noorimi dan citer permasalahan aku. Prinsipnya beliau setuju untuk menempatkan aku ke jabatan yang lebih sesuai dengan jawatan yang aku sandang. Namun beliau minta aku berbincang dengan Ketua Jabatan. Ketua Jabatan juga telah aku temui dan berbincang. Namun beliau minta aku mencuba buat kerja² koding. Beliau juga memaklumkan tiada keperluan di unit² lain utk jawatan yg aku sandang.

Koding adalah satu kerja di Bahagian Case-mix dimana kakitangan seperti aku perlu mengabstrak laporan doktor perubatan apabila pesakit admit ke PPUKM. Tempoh data yang diambil adalah mulai pesakit admit hingga discharge utk sesi tersebut. Permasalahan yang aku hadapi:
+ Kerja yang dibuat bukan bidang jawatan yang aku sandang
+ Ini menyebabkan peluang kerjaya aku buntu
+ Masalah akan timbul bila nak jawap soalan PTK
+ Payah nak baca tulisan doktor (bukan semua)
+ Kena kenalpasti term² penyakit (bukan symptom) dan kemudian kodkan penyakit tersebut – refer ICD-10 & ICD-9CM
+ Semua aktiviti kualiti spt ISO, KMK/KIK, PRISMA
+ Aku tak lagi membangunkan apa² aplikasi utk jabatan (knowledge aku terkubur)

Jadi, haghi ni aku dah buat surat secara rasmi kepada Dato’ skali lagi dan melalui Ketua Jabatan agar aku ditukarkan ke Jabatan lain yang dapat aku meningkatkan kerjaya dan memberi motivasi kerja kepada aku.

Hijrah !!

Rasanya belum terlambat untuk ku menulis sedikit harapan @ cita-cita ku sempena tahun 1431 hijrah nie.. Harapan aku tahun ni:
+ Nak banyakkan buat amal
+ Utamakan keluarga
+ Cari rezeki lebih
+ Buat yg terbaik utk kerjaya

Rasanya perkara 1 tu, memang semua orang berazam akan buat. Pada aku.. utamakan urusan kita denganNya dulu makan segala urusan lain akan.

Berita baik haghi nie, Abg Zaki (JTC) inform ada 5 lagi peserta nak join kursus. Alhamdulillah, aku bersyukur kepadaMu ya Allah atas rezeki yang kau berikan.

Petang ni aku baru balik dari Jabatan Rekod Perubatan Maklumat Kesihatan. Sempat jumpa otai-otai sana, abg Lan, Haris Jr, abd Bad dan beberapa otai sana. Saja jenguk-jenguk tempat kerja baru. So far, aku teruja nak mula kerja kat tpt baru. Anyway aku dah inform kat S/U (sapa yer nama dia) yang aku akan lapordiri pada 05/01/2010. Maklumlah Haziq akan masuk sekolah darjah 1 tahun ni. Damia lak akan masuk tadika (5 tahun). So kenalah tengok depa dulu…

Hijrah !!

Dah setahun 4 bulan aku naik jawatan N27. Tapi kerja-kerja yg dilakukan tak berkaitan pun dengan jawatan yang disandang. Apa yg aku buat.. photostat dokumen, hantar surat, booking makanan dan bilik mesyuarat. Rasanya kerja masa N17 dulu lagi besh. Walaupun banyak tapi aku seronok. Kesan yg aku alami sekarang :
+ hilang minat bekerja
+ org dok kata aku asyik main game jer (memang haghi2 aku main game)
+ melangut jer kalo x der keja

Alhamdulillah, setelah ku suarakan apa yg tersirat kat hati nie. Ada gak pegawai yg perihatin. Insyallah pada 01/01/2010 ni aku ditukarkan ke Jabatan Rekod Perubatan Maklumat Kesihatan. Hopefully aku dpt kembalikan semangat kerja aku dulu. Aku mencari keseronokan bekerja dengan memberi sumbangan kepada organisasi.

Hijrah perlukan pengorbanan. Hijrah perlukan niat yg tulus. Telah ku pelajari erti paradigma. Akan ku kluar dari ruang selesaku. Niatku nak mencari rezeki yg halal untuk menanggung anak bini. Disamping berusaha utk memantapkan organisasi baruku. Insyallah moga Allah mempermudahkan urusan ku nanti.. Amin