Cara Mengecat Rumah Dengan Betul, Tak Bercapuk Dan Tak Perlu Ulang Dua Kali

Musim PKP ni semakin ramai yang kreatif, mungkin disebabkan 24 jam duduk di rumah jadi perlukan suasana baru yang lebih segar untuk diri dan keluarga. Cara termudah untuk menimbulkan ruang yang selesa adalah dengan penggunaan cat baru pada dinding rumah. Tapi bila bab mengecat rumah tidak semudah yang kita sangka.

Terdapat teknik yang perlu anda ketahui bagi memastikan proses mengecat lancar dan dapat hasil yang diimpikan. Ikuti perkongsian saudara Azlan Mohamad ini dalam pemilihan warna dan teknik mengecat yang betul untuk anda semua pembaca Pesona Pengantin.

Assalamualaikum.. Sy perhatikan ramai yang mengecat dan hasilnya tidak seperti yg didambakan.Jadi, disini sy sebagai bekas pekerja kedai hardware yg menjadi dealer cat jotun ingin kongsikan beberapa tips basic mengecat..sy bukan pakar atau tukang cat, cuma tahu serba sedikit mengenai cat.

1) Mula2 kena la pilih warna2 pilihan anda

Warna yang sesuai dan sedap mata anda memandang (yelah rumah korang bukan rumah org lain.. Org lain tau nk kecam, kritik je kan. Pilihan warna boleh dapatkan / dirujuk template warna daripada kedai2 cat berhampiran anda. Pergi la ke kedai cat dan tengok lah betapa pening nya nak pilih colour (perempuan pakar bab2 ni.. Sebab dia akan bagi warna yang pelbagai tone, contohnya merah.. Ada merah anggur, merah cherry, merah mawar, merah jambu, merah hati segala mak bapak merah la which is yang org lelaki panggil MERAH je..haha)boleh rujuk gambar contoh sy letak tu..

2) Kene tahu nak cat dalam rumah atau luar rumah



Sebab cat dinding didatangkan dalam dua jenis biasanya. Untuk exterior (dinding luar) and interior (dinding dalam) paint. Ini jugak penting terutama nak cat bahagian luar.. Kena pilih yg exterior sebab mmg cat exterior direka khas untuk lebih tahan cuaca, air, dan tahan maki untuk jiran yg mulut puaka kata colour tu tak lawa..

3) Cat juga ada pelbagai gred and pelbagai pilihan

Ada cat yang kurang bau, ada yang berbau hangit,berbau oren, ada yang berkilat ada yang x berkilat dan kalau x salah ada cat yang boleh sental balik kalau anak2 conteng..

4) Cat pun ada pelbagai jenama, nippon, jotun, dulux and pelbagai lagi

Untuk sy, sy rekemen jotun la sbb sy kerja dgn jotun dulu..haha..tapi realitinya mmg cat dari jenama Jotun menjadi pilihan hasil perkongsian daripada tukang2 cat, cat Jotun lebih berkualiti. Cat sekarang kebanyakkannya water based yang mana lebih mesra alam sekitar, lebih selamat dan senang tanggal kalau terpecik ke lantai ke apa ke..

5) SEALER/PRIMER (cat alas)


Yang ni bahagian yang penting dalam menentukan warna pilihan anda nnti jadi seperti yg diimpikan atau sama tone seperti dlm catalog yg anda tgk kt kedai masa beli td.. Sebelum anda cat rumah, lihat dahulu adakah disana terdapat keperluan untuk mengecat sealer terlebih dahulu sebelum anda terus cat colour base (cat warna pilihan anda). Biasanya cat sealer akan apply bila pertama kali mengecat dinding rumah which mean dinding memang kosong atau……… atauuuuuuuuu…..

Anda nak re-paint your dinding rumah sekiranya dinding tersebut cat2 lama sudah tanggal dan menggelembung teruk. Tapi anda haruslah buang semua cat2 lama terlebih dahulu….kikis…gosok…barulah apply cat sealer. Biasanya kalau cat lama anda masih elok, gelembungnya sikit2 saja…x perlu la menambah kerja yer. Cat sealer sebenarnya bagus kerana dia melindungi cat warna anda daripada kelembapan dinding dan mebuatkan cat warna anda melekat lebih kuat pada dinding dan nampak lebih naik tona nya..

6) Kesilapan ramai orang ialah menjadikan cat warna putih sebagai cat sealer.

Its absolutely wrong la kata kak lina pom pom.. Cat sealer TAK SAMA dengan cat putih jadi alas..Fungsi sealer adalah melindungi cat colour.. Kalau anda guna cat putih, dia kurang melindungi, dia curang..jadi colour yang anda nak jadi xseperti colour dlm code anda tgk atau akan jadi tompok2 putih.. Cat sealer warnanya mmg putih, tapi x seputih warna putih cat colour. Anda alas 4 atau 5 kali sekalipun cat sealer xkan bertukar menjadi putih pekat kerana fungsinya bukanlah sebagai cat base. Jangan terkejut tengok dinding anda warna x rata…bertampung2 putihnya…itu biasa..kerana itu cat sealer. Biarkan benda tu.. Kerana sealer sebagai alas sahaja xperlu cntik2..

7) Selepas tu bila cat sealer dah kering (lebih kurang 2 jam) boleh la mula cat dengan warna pilihan anda.

Kacau terlebih dahulu…Ini juga bahagian penting untuk cat.. Biasanya jika cat tidak dikacau rata, atau tidak digoncang akan membuatkan colour sedikit lari atau membuatkan anda sukar untuk mengelek roller cat.. Boleh kacau pakai kayu ke…besi ke.. Seeloknya anda cari satu lagi bekas yg lain anda jadikan cat tu mcm “teh tarik”..barulah cat tu betul2 bergaul atau bergelumang sesama sendiri..Tukang cat biasa akan guna teknik bancuhan teh tarik ni.. Untuk cat jotun, xperlu tambah air untuk mengecat.. Tambah air hnya bila anda simpan cat itu dan nak cat balik kesesokkan harinya.. Itupon hnya letak sedikit air.. Jgn nk jimat sgt tmbah air banyak nnti colour dh tak cantik, xpekat..

8)Teknik mengecat



Ramai org igt mengecat merupakan satu perkara yg senang.. Gelek2 roller nnti jadilah colour yg kita nak tu.. Makkkk kau.. Kalau senang cmtu takkan tukang cat mintak upah mahal2..cat pon ade teknik2 dia.. Yg sy tau teknik yg senang dan berkesan ialah cat menggunakan teknik W atau M..Maksudnya arah gelekkan roller tu ikut bentuk huruf W atau M tu.. Lapisan pertama cat akan kelihatan tidak rata…tetapi jangan panik… Biarkan je…jangan salahkan skill cat anda….

Tunggu sehingga lapisan pertama kering…dan mulakan dengan lapisan kedua. Cat sekarang cepat kering..mudah dibersihkan sekiranya kena tangan just cuci dengan air. Sekiranya anda menggunakan cat yang easy clean, kotoran pada dinding nanti pun mudah untuk dibersihkan. Selepas lapisan cat kedua selesai, anda akan menikmati warna sebenar cat anda..taraaaaaaa (Tak sabar nak suruh jiran tengokkk gitewww perasaannya)

Ok.. rasa itu la dulu kot perkongsian serba sedikit yg saya tahu.. Sy bukan pakar, nnti ade yg xbetul boleh betulkan.. Sy bg yg basic yg betul untuk cat.. Kalau dah guna kaedah ni, masih lagi cat xlawa dan xrata tgk pulak bergantung kepada keadaan dinding, plaster dan sebagainya faktor lain ya.. Yg penting jgn guna CAT MURAH kalau utk rumah sendiri.. Nk puas hati guna cat yg berkualiti mcm jotun, nippon, deluxe.. Mahal ckit tp mmg berpuas hati..

KREDIT : Pesona Pengantin

Dr Hamid Arshat kongsi 9 cara mencerdaskan otak anak dan keluarga

Otak merupakan bahagian badan paling penting dan perlu dijaga dengan sebaiknya. Dengan itu, Dr Hamid Arshat berkongsi petua dan cara menjaga kecerdasan otak supaya lebih sihat bermula dari kanak-kanak sehingga dewasa

Pakar Bidan dan Sakit Puan, Dr Hamid Arshat baru-baru ini telah berkongsi 9 cara mencerdaskan otak yang diamalkan sejak dahulu seperti mana yang dilakukan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Disebabkan itu, walaupun sudah menjangkau usia 73 tahun, Dr Hamid Arshat masih sihat dan mampu melakukan setiap pembedahan untuk pesakitnya sama ada kelahiran, rawatan fibrioid dan lain-lain.Generasi muda boleh ikuti dan jadikan 9 cara mencerdaskan otak yang dikongsikan ini sebagai panduan untuk lebih sihat dan cergas setiap hari hingga ke usia tua.

9 cara mencerdaskan otak dikongsikan Dr Hamid Arshat 

#1. Amalkan gaya hidup sihat 

cara mencerdaskan otak, cerdaskan otak, kecerdasan otak, cara menjaga kesihatan otak, kesihatan otak, petua kecerdasan otak, cara menjaga kecerdasan otak kanak-kanak, cara menjaga kecerdasan otak orang dewasa, petua kecerdasan fungsi otak

Menurut Dr Hamid Arshat, apabila usia melebihi 70 tahun, ada risiko untuk penyakit alzheimer iaitu penghidap nyanyuk dan kehilangan daya ingatan.

Oleh sebab itu, otak tidak dapat berfungsi dengan baik lalu menganggu urusan seharian.

Namun begitu, peningkatan usia fungsi otak ini akan tetap berkeadaan baik jika orang berkenaan mengamalkan cara dan gaya hidup yang sihat serta aktif secara fizikal juga mental.

#2. Rajin baca Al-Quran dan hafal sifir 

cara mencerdaskan otak, cerdaskan otak, kecerdasan otak, cara menjaga kesihatan otak, kesihatan otak, petua kecerdasan otak, cara menjaga kecerdasan otak kanak-kanak, cara menjaga kecerdasan otak orang dewasa, petua kecerdasan fungsi otakKredit: munirah mustafar

Untuk kecerdasan otak, anda harus rajin membaca Al-Quran serta cuba menghafal beberapa ayat setiap hari.

Kemudian ulangi ayat-ayat Al-Quran itu  sebanyak 40 kali sama ada ketika bersolat, memandu atau di mana saja.

“Antara surah yang saya hafal seperti Al-Mulk, As Saff, Al Sajadah, Al Qiyamah, Al Insan dan separuh Al Waqiah serta lain-lain. Surah ini kena selalu baca untuk terus ingat.  “Selain itu, kanak-kanak perlu dilatih hafal sifir dan buat kira-kira tanpa menggunakan kalkulator atau komputer. Ketika di sekolah rendah saya hafal sifir satu hingga 12. Latihan ini mungkin punca saya dapat markah A dalam matematik untuk semua peperiksaan,” katanya. 

#3. Lakukan senaman dan aktiviti fizikal 

Cara mencerdaskan otak yang lain ialah dengan melakukan senaman dan aktiviti fizikal selama 30 minit kerana ia memberi manfaat pada kesihatan tubuh badan dan membantu cegah penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Antara kebaikan lain:

  • Menambah sel-sel neuron
  • Kuatkan sambungan dan cegah kerosakan neuron.
  • Senaman bantu mengeluarkan brain drive neurotrophic factor (BDNF) yang meningkatkan fungsi pembelajaran.
  • Meluaskan pusat ingatan
  • Melancarkan aliran darah pada otak

#4. Belajar kemahiran baru dan cari hobi yang kita minat 

Rahsia sihat Tun Mahathir, Tun M, Tun M kekal muda, kekal sihat Tun M, rahsia Tun M sihat

Jika ingin terus sihat, belajar sesuatu kemahiran baru dan cari hobi yang kita minati serta gembira ketika melakukannya seperti berkebun, pertukangan, menjahit, memasak dan lain-lain.

#5. Jangan buat banyak kerja serentak 

Ya, jangan buat kerja serentak atau multi tasking contohnya membuat panggilan telefon tapi pada masa yang sama menyusun dan menyimpan barang.

Pasti kita akan terlupa barang tersebut diletakkan di mana.

#6. Jaga waktu tidur 

cara mencerdaskan otak, cerdaskan otak, kecerdasan otak, cara menjaga kesihatan otak, kesihatan otak, petua kecerdasan otak, cara menjaga kecerdasan otak kanak-kanak, cara menjaga kecerdasan otak orang dewasa, petua kecerdasan fungsi otak

Cukup tidur antara lima hingga tujuh jam setiap malam. Dengan tidur, anda dapat menguatkan sambungan saraf synapses dan seterusnya meningkatkan proses pembelajaran dan daya ingatan.

“Kajian ke atas kanak-kanak selepas tidur waktu siang menunjukkan ketajaman otak meningkat. Orang dewasa pula jika tidur sekejap waktu siang (power nap) meningkatkan daya fungsi otak,”.

#7. Buat nota kecil 

Amalan mencatit setiap perkara baru yang dipelajari dalam buku nota dapat meningkatkan ingatan kita. Apatah lagi, amalan ini juga menjadi tabiat untuk orang-orang di negara Jepun dan Korea.

“Perlakuan ini juga dilakukan oleh Imam Shafie. Setelah mendengar kuliah dari gurunya dia sering menulis nota di sebelah tapak tangan kirinya. Kemudian dia boleh mengingat semula segala yang dicatatkan di tapak tangannya itu.  “Satu kajian ke atas kanak-kanak yang suka melukis tentang perkara baru yang dipelajari mendapati bahawa mereka berjaya dapat markah tinggi dalam ujian,”. 

#8. Amalkan makanan terbaik untuk otak 

Makanan yang sihat, berkhasiat dan berzat sangat penting bagi pertumbuhan sel-sel otak dan myelin sheath iaitu buah-buahan dan sayur-sayuran.

Selain itu, kurangkan gula, karbohidrat dan makanan segera kerana meracuni sel-sel otak. 

Khasiat tumbuhan alami untuk otak 

  • Kunyit dan kari : Mencegah timbunan amyloids yang boleh menyebabkan alzeimer. Membersihkan salur darah dalam otak. Meningkatkan ingatan dan pertumbuhan sel neuron.
  • Saderi, lada dan lobak merah: Mengandungi luteolin yang mencegah kerosakan sel neuron.
  • Brokoli, cauliflour dan kuning telur: mengandungi choline iaitu amino asid yang meningkatkan fungsi kognitif, pembelajaran dan ingatan. Selain mencegah tindakan racun otak.
  • Kacang walnut, almond ikan makeral dan salmon: Mengandungi omega 3 atau DHA, phytosterol dan antioxidant. Meningkatkan fungsi otak dan pemulihan sel otak.
  • Pisang, sayuran hijau dan beans: Mengandungi magnesium yang berfungsi mempercepatkan maklumat. Magnesium ini juga meningkatkan aliran darah ke dalam otak. Kajian ke atas kanak-kanak, jika diberikan mereka makan pisang waktu sarapan melonjakkan kecerdasan otak.
  • Daging lembu: Sumber B 12 untuk pertumbuhan sel otak.
  • Bluebarries: mengandungi antioxidant dan phyto kimia yang meningkatkan pembelajaran dan ingatan. Serta kurangkan kerosakan sel otak.
  • Minyak zaitun, minyak kelapa dara, minyak ikan: Makanan mencegah fungsi otak dan melawan penyakit alzheimer.

#9. Permainan otak dan elak stres 

Bermain permainan yang merangsang otak untuk membaca, kefahaman dan hafalan juga dapat meningkat fungsi otak supaya lebih baik.

Selain itu elakkan tekanan fizikal, mental dan emosi secara berleluasa kerana ia boleh meracuni sel otak manusia.

Semoga bermanfaat.

Sumber: theAsianparent Malaysia

HAQIS IT Training & Consultant

Sukacita dimaklumkan pihak pengurusan dan pentadbiran HAQIS IT Training & Consultant telah dikemaskini dan diambilalih sepenuhnya oleh Pn. Adryana Anati Sulaiman Shah. Ini bagi tujuan memastikan pengurusan HAQIS akan menjadi lebih mantap selaras dengan halatuju syarikat.

Insyallah, kami telah merancang dan menjadualkan beberapa program seperti mengadakan latihan/kursus, pembangunan web dan aplikasi serta membuat tutorial berguna lagi kepada pengunjung web ini.

PHPMeetup 2011: Framework Shootout

Komuniti PHP.net.my dengan kerjasama MIMOS sekali lagi menganjurkan PHP Meetup. Perjumpaan kali ini akan berkisar mengenai framework yang ada di komuniti sumber terbuka.

Tentatif :
8.30 – Pendaftaran
9.00 – Ucapan alu-aluan dari Founder Php.net.my
– Ucapan alu-aluan dari Mimos Berhad
– CakePHP
10.25 – Breakfast
10.55 – Most Wanted Programmers
– Django
– DooPHP
1.10 – Lunch
2.15 – ZendFramework
– CodeIgniter
– Ruby On Rails
– PHP Hyppo
5.05 – Tea Break and Chats

– Presenters:
1. Zend Framework (TerasAmpuh)
2. CakePHP (Bazet)
3. PHPHyppo (hymns)
4. Code Igniter (aizuddinmanap.com)
5. dooPHP – Leng Sheng Hong (darkredz)
– Guest Languages:
6. Django – framework untuk Python (Doubt).
7. Ruby on Rails (Azrad)
– Non-framework topic
8. Become the Most Wanted Programmer in the Market (Lee Johnson – 40Square)

Bahasa pengantar adalah mengikut presenter.

masuk adalah percuma. keluar pun sama. 🙂

Breakfast, Lunch dan makan petang disediakan. First come first makan basis.

Penaja Bersama :
AIST – http://www.aist.com.my/
PRIMUSCORE – http://www.primuscore.com/
EXPERIAN HITWISE – http://www.hitwise.com/
JMOBI – http://www.i-mobe.com/

Yang datang akan dapat MUG PERCUMA selagi stok masih ada.

Semoga segalanya dipermudahkan olehNYA.

FB: http://www.facebook.com/event.php?eid=147833501942196

Singgah sebentar…

Skang aku ada kat Coffee Classic, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Saja lepak sini. Sambil2 buat sistem sambil surf percuma. Thanks kpd pihak Cofffe Classic atas WIFI percuma yg laju !!

Currently:
+ Education Loan Management System (new)
+ Prepaid Business (new)
+ Sistem eLatihan (update)
+ ICMS (update)

Currently…

+ ICMS
+ Sistem eLatihan
+ Sistem eQA
+ Web JMK

Coming…
+ Task management
+ Sistem tempahan borang klinikal
+ Sistem tempahan bilik mesyuarat

UPDATED

Aku seronok dpt jumpa member2 zaman sekolah dulu2. Semuanya melalui Facebook !! Betullah kata member, kalo ko nak cari member ko, ko taip jer nama dia dlm facebook mesti jumpa punya.. Tapi bukan semua.. Menariknya, jumpa seorang, akan jumpa yg lain lagi 🙂

Skang ni aku tengah bangunkan laman web Jabatan Maklumat Kesihatan. Nampak simple tetapi ada beberapa interactive function yang akan menjadikan ianya lebih menarik utk dikunjungi. Team webmaster dah ada.. Depa cari/tambah/kemaskini content.. aku lak, buat programming utk function2 ni… nasib baik ada Hezra yg bantu aku buat layout… senang skit kerja.

mIRC !! Dah lama aku x online, abg Mahmud balik kg sempena cuti sekolah 2 minggu ni.. So segala perkembangan utk mIRC terbantut !!