Memandangkan sekarang kita sudah mula menggunakan PHP dan kaedah PDO untuk berinteraksi dengan pengkalan data mySQL serta ada kawan-kawan yang bertanya mengenai PDO, jadi saya akan buat satu tutorial ringkas procedural PHP dan PDO untuk pengkalan data mySQL. Sebelum itu untum rujukan mengenai PDO, sila rujuk artikel MySQLi vs PDO.
Contoh kod sambungan ke pengkalan data:
<?php
try {
$conn = new PDO(‘mysql:host=localhost;dbname=datasaya’, “root”, “abc123”);
$conn->setAttribute(PDO::ATTR_ERRMODE, PDO::ERRMODE_EXCEPTION);
$conn->setAttribute(PDO::ATTR_EMULATE_PREPARES, FALSE);
}
catch(PDOException $e) {
die(‘ERROR: ‘ . $e->getMessage());
}
?>
Code di atas adalah untuk membuat sambungan ke pengkalan data mySQL dengan datasaya adalah nama pengkalan data, root adalah pengguna pengkalan data dan abc123 adalah katalaluan pengguna pengkalan data.
Contoh kod untuk tambah data:
<?php
$s = “INSERT INTO pengguna SET nama = :nama, katalaluan = :pass”;
$q = $conn->prepare($s);
$q->execute(array(
‘nama’ => $_POST[‘nama’],
‘pass’ => $_POST[‘pass’]
));
?>
Kod di atas akan menambah nilai yang dibawa melalui kaedah $_POST iaitu nama dan pass ke dalam pengkalan data.
Contoh kod untuk memilih data:
<?php
$s = “SELECT * FROM pengguna WHERE nama LIKE :nama”;
$q = $conn->prepare($s);
$q->execute(array(
‘nama’ => ‘%’.$_POST[‘nama’].’%’
));
?>
Kod di atas akan memilih data dimana field nama pengkalan datanya adalah yang berpadan dengan nilai yang dihantar melalui kaedah $_POST tersebut
Contoh kod untuk mengubah data:
<?php
$s = “UPDATE pengguna SET nama = :nama WHERE id = :id”;
$q = $conn->prepare($s);
$q->execute(array(
‘nama’ => $_POST[‘nama’],
‘id’ => $_POST[‘id’]
));
?>
Kod ini pula adalah untuk mengemaskini maklumat data kepada nilai nama yang baru untuk pengguna id berkenaan
Contoh kod untuk menghapus data:
<?php
$s = “DELETE FROM pengguna WHERE id = :id”;
$q = $conn->prepare($s);
$q->execute(array(
‘id’ => $_POST[‘id’]
));
?>
Dan kod ini pula adalah untuk menghapus data bagi id pengguna berkenaan
Jadi setakat ini dulu asas kepada pengaturcaraan PHP menggunakan kaedah PDO untuk berinteraksi dengan mySQL.