7 Langkah Ini Dapat Hilangkan Sakit Tekak Dengan Segera

“Dah mula gatal-gatal tekak, sampai nak telan air pun rasa perit. Kalau boleh garu dalam anak tekak ni memang dah lama buat dah. Nak kata banyak minum ais atau air sejuk, tak ada pun. Agaknya cuaca panas sangat kat luar tu, itu yang tekak ni jadi perit semacam. Bolehkah hilangkan sakit tekak tanpa perlu jumpa doktor?”

Memang rasa gatal dan tidak selesa dibuatnya kalau kena sakit tekak ini. Makan ubat sakit tekak pun sekejap sahaja leganya.

Tapi takkan nak makan gula-gula atau ‘lozenges’ sepanjang masa. Nanti sakit tekak tak hilang, tapi kena diabetes pula sebab asyik makan benda manis.

Jadi segera amalkan langkah di bawah untuk menghilangkan sakit tekak agar tidak melarat.

1688835


7 LANGKAH INI DAPAT HILANGKAN SAKIT TEKAK DENGAN SEGERA

1. KUMUR DENGAN AIR GARAM

Air garam membantu mengurangkan bengkak dan radang di membran mukus. Tindakan ini secara tak langsung membantu hilangkan sakit tekak.

Lakukan tiga kali sehari dan elak buat berlebihan kerana ia akan mengeringkan tisu lembut sekitar dalam mulut, menjadikan keadaan semakin buruk.

Cara mengatasi tekanan darah tinggi

2. MINUM CUKA EPAL YANG DICAMPUR MADU

Kandungan asid dalam cuka ini membunuh bakteria dalam mulut. Madu pula mampu hilangkan sakit tekak dengan lebih berkesan. Campurkan sesudu cuka dan madu dalam air suam dan minum.

Tidak pun, masukkan dua sudu cuka dalam setengah cawan air suam dan kumur sekali sehari.

sakit gastrik apple cider

Foto Kredit: popsugar.com.au

3. HISAP BAWANG PUTIH

Bawang putih mengandungi bahan yang dipanggil allicin. Ia membunuh bakteria dan kuman yang menyebabkan radang dan kegatalan pada tekak.

Ambil dua ulas bawang putih dan masukkan setiap satu dalam mulut di bahagian pipi seperti makan gula-gula. Hisap dan sesekali gigit bawang putih untuk mengeluarkan allicin. Lakukan sekali sehari.

Siap-siap kopek bawang

Bawang putih

4. SEDUT WAP PANAS

Wap panas membantu hilangkan sakit tekak dan melancarkan pengaliran udara dalam hidung yang tersumbat.

Kalau nak lagi berkesan, titikkan sedikit pudina atau aromaterapi untuk membantu melegakan liang pernafasan.

5. BANYAKKAN REHAT DAN MINUM AIR

Bila sakit tekak, badan pun rasa kurang selesa dan cepat letih. Jadi, berehatlah sebanyak mungkin.

Jangan lupa minum air dengan banyak terutamanya air masak, jus oren dan teh herba.

Seperkara lagi, ‘Katakan Tidak pada air kopi dan air gas!

Banyakkan minum air masak (bukan air bergula)

Banyakkan minum air masak (bukan air bergula)

6. KUNYAH BUNGA CENGKIH

Bunga cengkih pernah digunakan sebagai bius di kalangan doktor gigi kerana ia mampu melegakan sakit gigi, sakit dalam mulut dan sakit tekak lantaran ia mengandungi eugenol yang bertindak seperti natural pain killer.

Mengunyah bunga cengkih akan mengeluarkan eugenol ini dan secara tak langsung memberi rasa kebas dalam mulut sehingga tekak.

hilangkan sakit tekak

Foto Kredit: eda-land.ru

7. MINUM JUS BUAH DELIMA ORGANIK

Buah delima mengandungi antioksidan yang dapat melawan jangkitan dalam mulut dan tekak dan astringents, iaitu sejenis bahan yang bertindak balas dengan tisu badan.

Apabila terdapat perubahan dalam tisu badan, ia akan hilangkan sakit tekak dan mengurangkan bengkak serta kesakitan. Minum jus delima tiga kali sekali.

Foto Kredit: healingthebody.ca

Foto Kredit: healingthebody.ca

SEBAIK SAHAJA TEKAK MULA BERASA GATAL,

…jangan buang masa dan amalkan langkah di atas dengan segera. Ia bukan sahaja mudah tetapi juga murah kerana banyak mengguna bahan semula jadi.

Namun, sekiranya ia masih berlarutan, pastikan anda mendapatkan nasihat doktor untuk hilangkan sakit tekak. Jika dibiarkan, ia boleh menyebabkan jangkitan atau demam pula.

Silalah cuba!

Sumber: SirapLimau.Com

Comments

Published by

PakCu

I'm a simple person