KPKT !! Rezeki !! Rezeki !! Alhamdulillah. Aku bersyukur padaMu ya Allah atas rezeki dah kemudahan yang engkau berikan ini…
Tag: sedekah
Sabarlah menghadapi ujian Allah
Ada antara kita yg dilahirkan dlm rumahtangga yang rukun. Ada antara kita yang dilahirkan dlm keadaan kacau-bilau. Itu semua ketentuan Allah. Sedikit sebanyak ianya memberi kesan kepada diri kita sendiri. Anak yg selalu melihat ibubapa mereka mengamalkan suruhan Allah akan terikut dengan amalan baik tersebut. Begitu juga anak yang dibesarkan dalam keluarga yang tidak mematuhi ajaran agama juga akan terpengaruh dengan cara hidup tersebut.
Namun, kita diberi akal fikiran untuk membezakan mana yang pahala/baik mahupun yang dosa/buruk. Kita diberi kudrat untuk melaksanakan perintahNya dan meninggalkan laranganNya. Tepuklah dada tanyalah akal (bukan nafsu), jalan mana yang kita hendaki. Pilih jalan lurus atau bengkok.
Begitu juga kehidupan akan datang. Seharusnya perbuatan kita kini adalah untuk generasi kita akan datang. Jika kita mula mengembur tanah untuk bercucuk tanam pada hari ini, maka generasi kita akan datang dapatlah menikmati apa yang kita usahakan ini. Berusahalah untuk membina kehidupan yang lebih baik. Hari ini lebih baik dari semalam… dan esok lebih balik dari hari ini… Insyallah !!
Kadangkala kita melihat nikmat yang Allah berikan pada insan lain. Sedangkan kita hanya pada takuk tu jer. Ingatlah setiap dugaan yang dihadapi dengan penuh kesabaran dan ketakwaan akan diberikan ganjaran yang lebih dari kepahitan yang dihadapi.
Utk dunia, lihatlah mereka yang berada dibawah kita. Bersyukur kita dengan apa yang kita ada. Bak kata Ustaz Abu, nak bersyukur bukan susah… solat 5 waktu tu jangan tinggalkan. Utk akhirat, lihatlah mereka yang berada di atas. Kalo mereka boleh bersedekah sebahagian daripada pendapatan mereka, mengapa kita tidak boleh bersedekah setidak-tidaknya 1% daripada pendapatan kita.
Bila matinya anak Adam, hanya tiga perkara sahaja yang boleh menolongnya:
+ amalan kebaikannya dan sedekah jariahnya
+ anak yang soleh (maka yang bujang tu nikahlah cepat)
+ ilmu yang memberi manfaat
Tujuan aku menulis bukan ditujukan kepada sesapa. Tapi lebih untuk mengingatkan aku akan apa yang pernah berlaku dalam hidup ini. Dan juga apa yang perlu ku lakukan pada masa akan datang. Sesungguhnya tujuan kehidupan ini hanyalah untuk mencari KEREDHAANNYA.
Allah Ya Rab Tetapkan aku dalam agama Mu Tetapkan aku mengingat Mu Tetapkan aku bersujud pada Mu Tetapkan hatiku terpaut pada MU Amin Ya Allah