Niat yg tergendala dan hampir terkubur

Lately PakCu sangat sibuk dengan kerja-kerja hakiki. Dengan bos yang cuti bersalin, projek-projek baru, maintainance projek-projek lama.. tapi ALHAMDULILLAH! Akhirnya satu persatu kerja-kerja tersebut dapat diselesaikan. Cuma projek untuk mewujudkan tutorial dan berkongsi pengalaman dan ilmu yang cetek ini di dalam ruang yang terhad ini juga masih belum dapat dilaksanakan.

Kejadian terbaru, laptop KONG! Motherboard terbakar, board harddisk pun terbakar. Habis semua hasil kerja yang pernah dibuat. Namun setiap permasalahan ada juga penyelesaiannya. Terima kasih pada http://www.datarecoverycenter.com.my/ kerana dapat membantu recovery balik data-data yang amat berharga bagi saya. RM450.00 untuk harddisk saiz 250GB. Agak mahal, tapi kalau nak dibandingkan dengan nilai data yang ada dalamnya…. AMATLAH BERBALOI!

Insyallah PakCu akan mula berkongsi pengalaman dan pengetahuan tentang PHP Programming bermula dari yang paling asas sehingga tahap yang PakCu ada. Kepada mereka yang diluar sana hendak berkongsi ilmu, dialu-alukan. Sebarang kesilapan dan kelemahan yang timbul dari post-post yang akan datang nanti harap dapat diperbetulkan dengan cara baik. Kita bermula dengan pengenalan apa itu PHP, pemasangan infrastruktur sebagai keperluan untuk membuat halaman menggunakan PHP, asas-asas pengaturcaraan PHP, pembangunan aplikasi ringkas menggunakan procedural PHP. Kemudian kita akan berkongsi ilmu tentang Object Oriented Programming sebelum kita ke PHP Framework. Doakan niat PakCu ini akan dipermudahkan olehNya, insyallah

p/s: Langkah pertama, menulis menggunakan perkataan penuh (tanpa singkatan dan bahasa pasar). Terima kasih untuk peringatan ini, Bro Dino!

Laptopku….

Aduh.. Dah seminggu adaptor laptopku kong !! Tu yang kerja aku semua hang ni… Report dah buat minggu lepas. Hopefully dlm sehari dua nie aku dpt ler adaptor baru… Banyak benda nak buat nie.. Sistem nak update, movies series nak download 🙂

Cd kata, kat lowyat RM 150.00 sahaja. Aku tanya Sham PTM, kalo nak beli memang boleh. Tapi tak leh nak claim balik. So aku tunggulah sampai khamis ni. Kalo x dapek gak. Kena beli lain la dulu jawapnya…